“Resipi Baharu Setiap..” – 30 Hari 30 Resipi Bersama Khairulaming Kembali Lagi

Trending

“Resipi Baharu Setiap..” – 30 Hari 30 Resipi Bersama Khairulaming Kembali Lagi

Bulan puasa adalah bulan yang mulia dan ramai di antara kita akan berkongsi juadah makanan yang enak dan menyelerakan untuk berbuka setelah seharian berpuasa.

Khairulaming ialah salah seorang personaliti masakan yang cukup terkenal di Instagram dan sering berkongsi resipi juadah yang enak. Semalam, dia telah mengumumkan untuk berkongsi ‘30 Hari 30 Resipi’ yang akan dimuat naik menerusi Instagramnya.

Advertisement

”Bangun pagi gosok gigi, sambil termenung rebus ketupat. 30 Hari 30 Resipi kembali lagi, selamat datang ke tahun keempat”

”Resipi baharu setiap hari sepanjang Ramadhan. Jumpa anda esok”.

Dalam masa yang sama, video pendek pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman turut meraih lebih 300,000 tontonan dalam tempoh dua jam ia dimuat naik.

khairulaming main bunga api

Khairulaming yang segak berbaju Melayu sedang bermain bunga api di halaman rumah yang dihiasi pelita.

Apa yang mencuri tumpuan mata-mata yang menonton video itu ialah seekor ikan yang dimasak dalam ketuhar bersama bunga api.

“Wow! Hebat! Kebakaran merata-rata. All the best and success always bro” Tulis penyanyi popular Anuar Zain di ruangan komen.

Rata-rata warga maya juga meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton semua video yang dimuat naik jejaka 29 tahun itu.

Tambahan, netizen juga memuji penghasilan video teaser ’30 Hari 30 Resipi’ Khairulaming yang cukup berkualiti dan menarik itu.

“Dari video ini kita dapat lihat puasa dan raya patut kita sambut dengan meriah walaupun kita berada dalam suasana penyakit Covid-19 dan agak menyedihkan ada yang tak dapat balik ke kampung bertemu ibu bapa yang sudah lama tidak berjumpa”.

“Aku rasa macam tengok trailer movie. Power gila”.

Khairulaming kini mempunyai 2.8 juta pengikut di Instagram dan 634,000 pengikut di Twitter.

SUMBER 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...