(Resipi) Ayam Percik Sedap Dan Pasti Jadi

Makanan

(Resipi) Ayam Percik Sedap Dan Pasti Jadi

Ayam percik adalah antara menu kegemaran ramai setiap kali bulan Ramadhan. Kalau pergi bazar Ramadhan tu, tak sah kalau tak beli untuk dijadikan juadah berbuka. Walaupun tahun ni tiada bazar Ramadhan, anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan cara yang amat mudah.

Advertisement

Yang paling penting sedap dan menyelerakan.

Elemen yang paling penting bagi memastikan ayam percik sedap adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, dipanggang, dan boleh juga digoreng. Walau apapun, bahan asasnya adalah lebih kurang sama.

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan perapan:

  • Ayam seekor dipotong 4
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit garam

Bahan untuk kuah (A):

  • 1 cawan santan cair
  • 4 batang serai
  • 2 inci halia besar
  • 2 inci lengkuas
  • 20 tangkai cili kering (direndam air panas dahulu)
  • 1 cawan air

Bahan untuk kuah (B):

  • gula 5 sudu makan
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • 2-3 butir asam keping
  • santan pekat (dimasukkan kemudian)

CARA PENYEDIAAN

  1. Sediakan bahan perapan

Tumbukkan semua bahan perapan kecuali ayam. Tumbuk kasar supaya ia bertekstur.

  1. Perapkan ayam

Kelarkan sedikit daging ayam supaya dapat menyerap bahan perapan. Lumur rata bahan perapan pada seluruh ayam. Perap selama 1 jam atau lebih.

  1. SEDIAKAN KUAH

Sementara itu, ambil semua bahan untuk kuah (A) dan kisar menggunakan blender. Selepas siap, didihkan di dalam periuk.

Masukkan 2-3 butir asam keping dan tambah serbuk perasa, gula dan sedikit garam.

  1. MASAK AYAM YANG TELAH DIPERAP

Kemudian masukkan ayam yang telah diperap ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.

  1. PERAP AYAM SEKALI LAGI

Selepas ayam separuh masak, keluarkannya dan perapkan sekali lagi dengan sedikit kuah dari kuali dalam masa 1 jam atau lebih. Lebihan kuah yang dalam kuali pula, tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masak hingga pekat dan tutup api.

  1. BAKAR / GORENG / PANGGANG AYAM

Akhir sekali, ayam yang telah diperap boleh dimasak mengikut cara yang anda suka.

  1. SEDIA DIHIDANGKAN

Pastikan ayam masak keseluruhannya. Bolehlah dihidang bersama lebihan kuah yang dimasak bersama santan tadi.

ENAK DAN SEDAP

Bolehlah hilangkan keinginan nak makan ayam percik dari bazar Ramadhan. Sesuai juga dihidangkan waktu raya dan apa-apa majlis istimewa nanti.

Sumber : Facebook Juliana Jue

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...