Resipi Ayam Betutu Bali Sedap Gila, Rugi Kalau Tak Cuba

Trending

Resipi Ayam Betutu Bali Sedap Gila, Rugi Kalau Tak Cuba

Masakan ayam merupakan antara hidangan kegemaran semua orang. Boleh dikatakan menu wajib ada mestilah ayam. Terdapat banyak jenis masakan ayam yang ada tetapi bukan semua rajin untuk masak. Betul tak? Kebiasaannya menu ayam paling senang mestilah ayam goreng.

Namun, sebenarnya masakan ayam ini tidaklah susah mana. Kami nak kongsikan dengan anda resepi masakam ayam yang paling mudah di buat. Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap untuk dihidangkan. Jom tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak.

Advertisement

Hari ini kami akan berkongsikan kepada anda semua resipi Ayam Betutu khas dari Bali buat anda yang menginginkan resepi masakan ayam lain dari lain.

Pernahkah anda semua mencuba ayam betutu? dari nama pasti semua agak pelik kan? 

Ayam betutu adalah salah satu hidangan ayam asli Indonesia yang berasal dari Bali. Cukup terkenal dengan rasanya yang sangat enak kerana kepedasannya denga herba-herba yang digunakan bagi menambahkan lagi perisa ayam tersebut.

Jika anda pernah ke Bali, pasti pernah mencuba Ayam Betutu di restoran-restoran dan warung di sana. Tetapi agak susah untuk makan yang memang rasanya enak dan juga Halal.Mari kami kongsikan respinya kepada anda semua.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Seekor ayam

Sebiji limau nipis

1 sudu biji ketumbar

4 biji kacang lilin

1 sudu kecil lada hitam

2 cm belacan

2 cm halia

2 cm kencur 

10 tangkai cili kerinting

10 tangkai cili padi

15 biji bawang merah 

10 biji bawang putih

4 helai daun limau purut

1 sudu minyak masak

4 batang serai

Garam

Gula merah

Cara-cara membuatnya:

Perahkan sebiji limau nipis di bahagian ayam keseluruhannya.

perahkan limau nipisKemudian, letakan sesudu garam pada ayam tersebut dan ratakan di seluruh badannya.

letakkan sesudu garamMasukkan satu sudu kecil biji ketumbar, 4 biji kacang lilin disangai, 1 sudu kecil lada hitam, 2 cm belacan dibakar, 2 cm halia dan 2 cm kencur, 10 tangkai cili kerinting, 10 tangkai cili padi ke dalam pengisar. Ingat kisarkan secara kasar agar tidak terlalu hancur.

kisarkan bahan ini secara kasarSeterusnya masukkan 15 biji bawang merah,10 biji bawang, 4 helai daun limau purut dan sesudu minyak masak ke dalam mesin pengisar sama.

Kisarkan sekali lagi dan pastikan bahan kasar dan bertekstur.

gaulkan bahan yang dikisar pada bahagian ayamGaulkan bahan yang dikisar tadi ke seluruh bahagian ayam. Jika ada lebihan bahan kisar tadi, masukkan ke dalam ayam.

Masukkan 4 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk dan masukkan ayam yang telah diperap. Selepas itu masukkan 2.5 liter air dan masakkan ayam tersebut dengan api yang sederhana.

masukkan 2.5 liter airKemudian jangan lupa masukkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu kecil gula merah.

masukkan satu sudu kecil garam
masukkan gula merahRenehkan ayam tersebut sehingga benar-benar masak. Dan siap!

renehkan ayam sehingga masak

 

Resipi ini telah dicuba sendiri oleh Abang Nara. Memang sedap dan tak tipulah.

Apa kata hujung minggu anda cuba bersama keluarga di rumah.

Jika nak tahu lebih lanjut, mari tengok video di bawah ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...