“Resign Letter” Seorang Pekerja Dipulangkan & Ditulis Semula Oleh Pengurusnya, Puji Diri Sendiri Sebagai Seorang Mentor

Trending

“Resign Letter” Seorang Pekerja Dipulangkan & Ditulis Semula Oleh Pengurusnya, Puji Diri Sendiri Sebagai Seorang Mentor

Pernah tak lihat bila seorang pekerja yang menghantar surat perletakan jawatan tapi tak diterima. Malah surat itu ditulis semula?

Advertisement

Mungkin kedengaran agak pelik, namun itu yang berlaku terhadap seorang telemarketing yang mendakwa pengurusnya itu tulis sendiri dan beri semula kepadanya untuk ditandatangani.

Pekerja terbabit, Chester Ang, membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas dua tahun berkhidmat dengan memberikan surat meletak jawatan yang pendek kepada pengurusnya.

Namun pada petang itu, pengurusnya kembali dengan membawa satu keping surat berhenti kerja yang sudah diolah semula dengan ayat memuji ‘latihan dan bimbingan’ yang diberikan selama ini.

“Pengurus memberikan saya surat tersebut serta memberitahu bahawa surat itu adalah yang lebih baik dan menyuruh saya memberikannya semula selepas tandatangan.

“Tapi selepas membacanya, saya tinggalkannya di tepi. Dan saya boleh tahu yang dia sedang menunggu untuk dapatkan kembali surat itu.

“Surat itu masih di hujung meja saya di penghujung waktu kerja, jadi saya koyakkannya sebelum tinggalkan ofis

Saya boleh menulis sendiri surat yang bagus dengan pujian jika dia seorang pengurus yang baik. Tapi malangnya dia bukan (seorang pengurus yang baik). Jadi saya fikir saya tidak boleh menandatanganinya.

“Ia adalah satu keputusan personal dan saya sudah muak dengan kehidupan korporat. Terlalu ramai manusia ‘palsu’ cuba menunjuk-nunjuk antara satu sama lain.

Surat berhenti kerja asal yang ditaip oleh Chester hanya berbunyi seperti berikut:

Surat ini untuk memberitahu anda yang saya, Ang Chong Kiak Chester, mahu menamatkan servis saya dengan syarikat ini.

“Mengikut kontrak, saya perlu berkhidmat sehingga notis satu minggu


“Tarikh terakhir servis saya adalah pada 28 Oktober 2016. Yang Benar, Chester Ang.

Menurut Chester, pengurusnya kemudian kembali beberapa jam kemudian dengan sekeping surat berhenti kerja yang baru.

Surat baru itu berbunyi:

Sila terima surat ini sebagai satu notis rasmi berhenti kerja sebagai Eksekutif Telesales bermula dari 21/10/2016. Sila ambil maklum bahawa tarikh terakhir saya akan berhidmat adalah pada 28/10/2016.

“Sangat sukar untuk membuat keputusan ini. Saya telah direkrut untuk posisi ini dan saya mahu anda tahu bahawa saya telah berfikir panjang untuk membuat keputusan ini.


“Apabila saya fikir balik tentang peluang ini, ia mampu memberi saya lebih banyak peluang untuk membangun yang secara profesionalnya, saya tidak boleh tolak.


“Kepada pengurus, terima kasih untuk latihan dan bimbingan. Anda telah memberi sumbangan penting kepada pembangunan profesional saya.


“Saya sangat senang hati bekerja dengan anda dan mengucapkan semoga berjaya dari segi professional dan personal.


”Saya bercadang untuk membuat peralihan ini dengan selancar mungkin. Saya akan lakukan yang terbaik ‘mengetatkan apa yang longgar’ sebelum saya pergi.


“Sudah tentu, saya boleh dihubungi bila-bila masa. Saya akan berikan anda nombor saya dan anda boleh hubungi saya jika perlukan apa-apa. Saya hargai masa saya disini dan akan sentiasa bercakap gah tentang syarikat ini sebagai seorang pekerja.

Surat itu dimuat naik oleh Chester di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Kini, Chester masih lagi bekerja di syarikat tersebut sehingga tempoh notisnya tamat pada 28 Oktober ini. Menurut Chester, dia membuat keputusan berhenti kerja kerana mahu mengejar impiannya iaitu membuka kedai haiwan

Sumber: Mirror

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...