Perkongsian di laman sosial mengenai resepi nasi boba tea itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang terkedu, marah dan yang tak puas hati pun ada juga.
Memandangkan sekarang ini tengah trend boba tea, di mana-mana laman sosial pun pasti akan ada yang post gambar tengah minum boba tea ni.
Tapi lain pula kisahnya kali ini apabila muncul resepi baru yang dinamakan sebagai nasi boba tea.
Terbaru apabila di Twitter JomKita telah berkongsi mengenai resepi membuat nasi boba tea. Perkongsian ini lengkap dengan cara-cara untuk membuat nasi boba tea sekali.





Jadi apa pandangan anda tentang resepi kreatif ni?
Sumber: jomkita