Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak share cara-cara untuk bersihkan ikan buntal dan cara nak masak ikan ni. Walaupun agak leceh nak sediakan tapi hasilnya memang memuaskan. Betullah kata orang makanan yang paling susah disediakan itula paling sedap dimakan.
Jom tengok cara saya sediakan ni. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN
* Ikan buntal
* Bawang merah yang kecil dalam 10 ulas
* Serai 10 batang
* Halia size ibu jari
* Bawang putih 10-15 ulas
* Kunyit atau serbuk dalam 1 sudu kecil
* Lada ikut tekak nak pedas macam mana,
* Perasa
* Minyak untuk tumis,
* Air 1 cawan
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Rebus dulu ikan buntal dengan serai dalam 4 batang.
2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perut tu.
3. Selepas duri dah dibuang panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan tumis.
4. Tumis bahan sampai garing dan naik bau baru jatuhkan hati ikan buntal dia sampi sebati.
5. Last baru letak ikan buntal gaul smpi smua sebati masak..baru letak 1 cawan air supaya boleh berkuah sedikit, tunggu mendidih baru tutup api. Siap.
Kredit : Abel Lione Karia