‘Reseller’ Serah Diri, Mengaku Salah Dan Minta Maaf Sebab Buat Sambal Nyet Tiruan

Trending

‘Reseller’ Serah Diri, Mengaku Salah Dan Minta Maaf Sebab Buat Sambal Nyet Tiruan

Sebelum ini, timbul satu isu berkaitan produk sambal yang dijual oleh Khairulaming dimana ada individu tidak bertanggungjawab menjual Sambal Nyet kepada pelanggan dipercayai dalam keadaan basi dan berbuih.

4 years ago

Pelanggan Mengadu Sambal Berbuih & Rosak, Produk Khairulaming Rupanya 'Diciplak' Reseller Lain!

Advertisement

Terbaru, individu yang mengaku sebagai ‘reseller’ itu telah menyerah diri dan mengaku salah kerana menjual Sambal Nyet palsu di Shopee. Namun, dikatakan pihak Khairul tidak mahu perkara seperti ini diselesaikan begitu sahaja.

Foto : Khairulaming

“‘Aku taknak benda ni settle senang-senang macam tu je walaupun datang dengan air mata”-Khairulaming

Oleh itu, pihaknya meminta tiga tuntutan daripada individu berkenaan. Pihaknya menuntut bayaran pampasan tunai daripada individu berkenaan namun wang yang bakal diterima tidak akan dipulangkan semula kepada pembeli yang menjadi mangsa.

Menurutnya, wang yang diterima akan disedekahkan sepenuhnya kepada orang asnaf yang memerlukan pada bulan Ramadan ini dan Khairul tidak akan ambil satu sen pun daripada jumlah wang tersebut.

Selain itu, video permohonan maaf dan pengakuan langsung daripada individu berkenaan kerana memalsukan produk jualan dan design botol produk. Akhir sekali statement  berbentuk ‘hitam putih’ di balai polis berhubung kejadian.

Dimaklumkan, individu berkenaan pergi ke balai polis tempat dimana Khairul membuat laporan dan semua keterangan dan pengakuan sudah direkodkan.

Foto : Khairulaming

Foto : Khairulaming

Berhubung akaun jualan individu berkenaan, pihak Shopee sudah memadamkan akaun tersebut walaupun nama akaun telah ditukar.

Foto : Khairulaming

Segalanya telah pun selesai dan Khairul berharap perkara seperti ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba untuk melakukan hal seperti ini pada masa akan datang.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...