Sebut sahaja tentang Sungai Golok pasti akan bermain dalam fikiran anda hal hal yang cliche berlaku di sana. Hal seperti penyeludupan, kahwin lari dan massage. Tu je benda orang tahu tentang Sungai Golok tapi sisi lain yang berlaku di sana masih diam dan bersemadi dengan orang Sungai Golok.
Republik Sungai Golok tulisan Isma Ae Mohamad keluaran Dubook Press ini menceritakan tentang semangat anak-anak kecil, perjuangan mendapatkan pendidikan, dan sosiologi penempatan di sempadan Sungai Golok yang tidak banyak diketahui ramai.
Gambaran suasana kehidupan di sempadan Sungai Golok yang dikawal oleh tentera serta cabaran hidup yang dihantui dengan ketakutan bom bijak diolah di dalam buku ini. Disentuh juga tentang isu dua kerakyatan yang rata-rata dimiliki oleh penduduk sempadan. Isu ini dibincangkan penulis dengan serius kerana melibatkan masa depan dan pendidikan mereka.
Penyelupan barangan memang telah menjadi suatu norma di Sungai Golok yang menjadi Sempadan Thai – Malaysia. Tujuannya supaya barangan dapat dibeli dengan harga lebih murah, ini memberikan kebaikan kepada penduduk kedua negara ini kerana sesetengah barangan di Thailand lebih murah dari Malaysia dan sesetengah barangan di Malaysia lebih murah Thailand. Contohnya barangan keperluan asas di Malaysia seperti minyak masak, tepung dan gula lebih murah dari thailand. Di thailand pula, barangan seperti pakaian, beras dan alat ganti jauh lebih murah dari Malaysia.
Walaupun penyeludupan berleluasa, kebanyakan mereka tidak bergantung kepada barangan yang haram dan bahaya seperti senjata api dan dadah walaupun ada yang mengambil jalan mudah dengan melalukan urusan itu.
Buku yang wajib dibeli untuk mendalami lebih lagi tentang sosioekonomi penduduk Malaysia dan kaum Melayu Thailand. Kau nak belajar bahasa Siam pun boleh dengan buku ni. Mana tahu nak bercuti ke Hatyai ke nanti.
Buku ni kau boleh dapatkan di http://dubookpress.com atau boleh pergi terus ke Dubook Store.
Untuk pembelian secara online sila terus whatsapp ke 0122639463 (Abang Dubook)
Dan buku ini juga boleh didapatkan di kedai kedai buku power seperti MPH, SMO, Borders, Kedai Buku 1Malaysia, Gallery Book Store, Hasani Edar, First Touch dan Times Book Store.
Tawaran diskaun 20% bermula hari ni sehingga 3 September.
Sah untuk buku DuBook Press, DuBook Indo & NuBook Press. pic.twitter.com/eIZd7UenWu
— DuBookStore (@DuBook_Store) August 26, 2016