Pengasas jenama fesyen Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi tampil memberi penjelasan setelah syarikatnya meletakkan replika baju Melayu gergasi di hadapan The Starhill tempoh hari.
Menurut Azzim yang lebih mesra disapa sebagai Meri, ramai tampil meninggalkan respon pelbagai berhubung isu tersebut.
Ujar Meri, ada yang memberikan respon positif namun ada juga yang mengecamnya kerana mengaitkan replika itu dengan amalan karut dan khurafat.
Jika kita lihat jenama luar negara, mereka juga mempunyai replika gergasi produk mereka seperti beg tangan dan kasut. Kenapa jenama tempatan seperti kami tidak boleh buat perkara yang sama?
Mengambil kesempatan mempromosikan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan rakyat Malaysia, Meri berkata dia ingin menekankan prinsip tersebut kepada rakyat dan juga pelancong.
Dalam keterangan yang terpapar di hadapan replika itu pun, saya tidak terlalu mempromosikan jenama saya. Saya lebih menekankan Baju Melayu sebagai pakaian kebangsaan yang dipakai untuk menyambut perayaan.
Saya sendiri nampak orang bergambar dengan replika ini. Dari jauh saya rakam aksi mereka, dan saya berbangga apabila ramai yang menghargai budaya kita.
Terdahulu, replika Baju Melayu Bulang Bintang bersaiz gergasi sepanjang 12 kaki yang diletakkan di hadapan The Starhill telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Ada yang mengaitkan replika itu dengan patung berhala dan menanggap ia sebagai amalan karut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
n