Sedar tak sedar kita dah sampai ke sepuluh malam terakhir. Macam mana puasa anda tahun ni, okay ke?
Bulan puasa ni, kita digalakkan untuk melakukan lebih banyak ibadah serta amalan tau. Haa, cakap pasal amalan ni, anda tau tak ada beberapa amalan yang kalau anda buat akan dikurniakan rezeki tanpa disedari. Serius lah?
Jom kami share tentang 5 bentuk rezeki yang ramai tak perasan.
1. Sentiasa Berasa Bersyukur Dengan Setiap Pemberian
Bila kita kecil-kecil dulu, kita di ajar untuk bersyukur dan berterima kasih setiap kali terima sesuatu benda betul tak?
Haa, tanpa kita sedar, sebenarnya daripada bersyukur itu sendiri, kita akan diberikan lagi rezeki yang berlipat ganda pada masa akan datang.
Jadi, sebagai seorang mukmin, kita haruslah selalu bersyukur dengan setiap rezeki dan kurniaan yang diberikan sebab Allah S.W.T telah menjanjikan akan menambahkan lagi nikmat pada setiap manusia yang selalu bersyukur.
Firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat ke-7:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu”
2.Memahami Orang Sekeliling Dengan Bersedekah
Setiap hari, mesti kita akan diingatkan untuk bersedekah, tak kiralah dari segi wang, doa dan sebagainya.
Tanpa kita sedar, sebenarnya rezeki yang kita dapat dan kita sedekahkan kepada orang yang memerlukan ini juga akan berbalik kepada kita semula tau.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 245:
“Sesiapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak”
Haa, tanpa kita sedar sebenarnya rezeki atau harta yang kita miliki ini sebahagiannya adalah untuk orang yang lebih memerlukan. Jadi, anda hari ni dah bersedakah ke belum?
3. Beristighfar Sebagai Amalan Harian
Setiap kali selepas solat, semestinya kita akan beristighfar pada Allah S.W.T betul tak?
Anda tahu tak, sebenarnya dengan beristighfar itu sendiri dapat membuka pintu rezeki seseorang selain daripada menjadi salah satu cara untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan yang tak baik.
Firman Allah S.W.T dalam surah Nuh, ayat 10-11:
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pastinya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”
Jadi, jom kita jadikan istighfar sebagai satu amalan harian bukan sahaja setiap kali selepas solat, malah untuk setiap waktu lapang kita.
4. Berusaha Pembuka Jalan Pintu Rezeki
Kalau anda nak tau, rezeki pun datang daripada hasil usaha kita sendiri untuk mendapatkan sesuatu pencapaian yang diingini. Lebih banyak kita berusaha, lebih banyaklah rezeki yang akan dikurniakan.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Najm, ayat ke 39:
“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
Jadi, kita janganlah cepat berputus asa ketika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara itu.
5. Bangun Seawal Pagi
Rezeki yang kita tak sedar pun kita akan dapat adalah rezeki daripada keberkatan pagi. Dengan bangun awal dan mengerjakan solat subuh dapat melapangkan lagi rezeki kita tau.
Menurut hadis riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah S.W.T membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
Jadi, anda yang dekat rumah tu, jangan selalu tinggal waktu subuh tau.
Gamuda Land Mengajak Masyarakat Mengenali Erti Rezeki
Haa, sekarang anda dah tahu kan antara kurniaan rezeki yang sebenarnya anda masih amalkan sehingga ke hari ini.
Untuk memahami lagi erti rezeki, Gamuda Land hadir dengan satu perkongsian video yang akan membuatkan masyarakat lebih mengenali erti Rezeki.