Rentas Negeri Untuk Honeymoon, ‘Instafamous’ Dipenjara Sehari Dan Denda RM2,500

Trending

Rentas Negeri Untuk Honeymoon, ‘Instafamous’ Dipenjara Sehari Dan Denda RM2,500

Sebelum ini, pasangan suami isteri ini pernah tular kerana dikatakan telah merentas negeri untuk berbulan madu.

Selepas disiasat, selebriti media sosial dan suaminya masing-masing dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu susulan isu yang mengundang kecaman ramai itu.

Baca : Tindakan Berani Ajar Cara-Cara Rentas Negeri Untuk Honeymoon, ‘Instafamous’ Dikecam Warga Maya

Advertisement

Lapor Harian Metro, Majistret Wong Chai Sia telah menjatuhkan hukuman itu selepas kedua pasangan itu mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Wong berkata, perbuatan tertuduh memberi contoh buruk kepada masyarakat yang mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan rentas negeri.

“Tempahan tempat penginapan tidak dapat dibatalkan dan wang tidak dikembali bukan satu alasan untuk merentas negeri,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, pada 2 petang, 15 Mac lalu ketika memohon kebenaran rentas negeri bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk ke Johor.

Kedua-duanya didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Polis Asisten Superintendan Fairul Nizam Anuar dan didakwa mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sabit kesalahan mereka boleh dipenjarakan hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Ahmad Hakimi juga ada memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan dilakukan memberi kesan kepada masyarakat.

“Seperti dilihat dalam ‘instastory’ mereka telah muat naik gambar dalam Instagram dan mengajar supaya pujuk polis untuk rentas negeri, ini memberi kesan kepada orang lain”

Instafamous rentas negeri

Pun begitu, Iram Naz merayu mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara, mengambil kira dia wakil tunggal yang menyara keluarga dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

Menyingkap isu tesebut, pasangan ini dikatakan membuat tempahan hotel pada 26 Disember lalu ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali.

“Kami cuba membatalkannya, namun pihak terbabit tidak mahu kembalikan wang tempahan penginapan menyebabkan kami meneruskan hasrat (dengan) merentas negeri pada 17 Mac lalu”

Sementara itu, Azharique Shah mengaku mengambil ringan perkara terbabit ketika mengisi borang rentas negeri termasuk memberi alamat lain ketika ke sana.

Pasangan ini tidak menyangka akan jadi sebegini kerana si isteri sebenarnya ada rumah di Johor dan alamat diberikan itu mengikut alamat MyKad isteri di Johor.

Sama-samalah kita ambil iktibar, hukuman pun dah dikenakan. Mereka pun sudah sedar akan kesilapan yang dilakukan.  Harapnya kita dapat terus berganding bahu membentung jangkitan dan menjaga SOP ya!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...