Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Polis Akan Buat Rondaan Rumah Banyak Kereta

Trending

Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Polis Akan Buat Rondaan Rumah Banyak Kereta

Seperti sedia maklum, kes penularan wabak COVID-19 kian meningkat dan terdapat beberapa kes individu dikesan menyalahgunakan kebenaran untuk merentas negeri atas tujuan peribadi.

Susulan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) katanya melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seperti yang dilaksanakan tahun lalu. Ha korang dah ready ke?

Advertisement

Ini sebenarnya sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Rentas negeri dicadang tangguh

Tambahnya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.

Nampaknya tahun ini, pihak polis akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Hati-hati, ada yang memerhati!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...