Didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet, pastinya ramai tertanya-tanya karpet hebat manakah yang dibeli sehingga memerlukan pasangan Neelofa dan PU Riz membelinya sekarang dan tidak boleh menunggu sehingga larangan untuk kekal di negeri sendiri diangkat.
Khabarnya, pasangan popular itu telah membelanjakan sebanyak RM10,000 semasa mengunjungi premis menjual permaidani bernama ‘Naeem Carpet’ pada Ahad lalu.
Menurut salah seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein, memang benar Neelofa dan suami ada mampir ke kedai mereka untuk membeli permiadani baru-baru ini.
Jelasnya, selebriti itu membeli beberapa karpet Iran yang berkualiti tinggi termasuklah beberapa karpet jenis lain dan jumlah pembelian mereka mencecah harga RM10,000.
“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung”
Hussein menjelaskan bahawa walaupun nama ‘Naeem Carpet’ menjadi sohor di seluruh Malaysia namun mereka terpaksa menanggung akibatnya apabila pihak polis kemudiannya hadir untuk mendapatkan keterangan.
“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan.”
View this post on Instagram
Pun begitu, kedai tersebut menerima kunjungan pembeli seperti biasa meskipun kes Neelofa tersebut tular di serata media sosial.
Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menyiasat kebenaran dakwaan Neelofa dan PU Riz merentas negeri ke Nilai 3 tersebut. Sama-sama kita nantikan hasil siasatan itu nanti.