Meskipun agak sibuk menjalani penggambaran drama bersiri bersama Nur Fathia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Remy Ishak tetap berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan ibadah Umrah pada hujung bulan ini.
Remy menerusi portal BH ONLINE meluahkan rasa syukur dipanggil sebagai tetamu Allah SWT biarpun jadual beliau agak padat.
Saya sudah lama menyimpan hajat untuk membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 membuka tirai dengan perkara baik dan sekali gus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu.
Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Mekah pula.
Aktor itu yang bakal berada di tanah suci Mekah selama 9 hari berharap segala proses perjalanan beliau ke tanah suci berjalan dengan lancar.
Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik.
Alhamdullilah, Remy Ishak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak dengan baik. Kami harap segalanya proses beliau sewaktu mengerjakan ibadah Umrah bersaa ibunya berjalan dengan baik. InshaAllah.