Pelakon terkenal Remy Ishak akhirnya bersuara mengenai kontroversi tindakannya meninggalkan emoji ‘love eyes’ pada foto pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang mencetuskan perhatian netizen baru-baru ini.
Menurut Remy, isterinya, Ezza Yusof adalah individu yang paling mengetahui segala perkara tentang dirinya, termasuk urusan kerja dan rakan gandingan dalam industri.
Jelasnya, Aghniny merupakan rakan lakonannya dalam filem baharu berjudul Qhadam, namun perkara tersebut tidak diketahui umum sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.
Remy turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir netizen yang bertindak seolah-olah mengetahui kehidupan peribadinya secara menyeluruh.
Katanya, tidak semua perkara perlu dijelaskan kepada umum dan beliau tidak merasakan perlu untuk menjawab setiap spekulasi yang timbul, termasuk tentang siapa yang menjadi rakannya atau interaksi di media sosial.
Dalam masa sama, Remy memaklumkan hubungan dengan isterinya berada dalam keadaan telus, malah setiap perkara termasuk kandungan yang dimuat naik di media sosial akan dikongsikan terlebih dahulu dengan pasangannya.
Tambahnya lagi, isterinya sendiri turut hairan dengan reaksi netizen yang dianggap berlebihan dalam menilai sesuatu situasi tanpa mengetahui perkara sebenar.
Terdahulu, tindakan Remy meninggalkan emoji tersebut menjadi bualan hangat, lebih-lebih lagi foto yang dimuat naik Aghniny memaparkan imej yang dianggap berani, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
