Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Remy Ishak – Saya Makin Rapat Dengan Tiz Zaqyah

remy ishak tiz zaqyah

Banyak la pulak cerita pasal Tiz Zaqyah hari nie. Takper-takper. Orang tengah popular la katakan. Kali nie lebih hangat sikit cerita dia. Remy Ishak sejak dah tak ada apa-apa dengan Ummi Nazeera kini mengaku makin rapat dengan Tiz Zaqyah. Mungkin persahabatan di lokasi drama Nur Kasih kini terbawa-terbawa ke alam nyata. Kalau ayat senangnya, cinta lokasi lah kiranya nie.

Advertisement

Dengar sikit apa lelaki kacak bergaya lagi tampan nie cakap:-

[note]Terus-terang, saya tidak lagi berhubung dengan Ummi. Saya tidak ambil tahu lagi tentang mahupun keluarganya. Buat masa sekarang ni,saya tiada hubungan rapat dengan mana-mana wanita lain. Tapi saya semakin rapat dengan Tiz Zaqyah dan selalu lepak dengan dia dan kawan-kawan lain.[/note]

Kata orang tua-tua, mula-mula kawan dulu. Lama-lama hati makin suka. Lagi lama lepas tue terus bercinta. Memang bakal bergegar dunia hiburan Malaysia kalau betul Remy Ishak dan Tiz Zaqyah bercinta. Almaklumlah kedua-dua nie pun memang artis yang paling menonjol sekarang nie. Tak salah kalau kami cakap diorang dua nie future hero dan heroin industri lakonan Malaysia.

Suatu hari nanti jika benar anda berdua bercinta, bagitaulah kami kat BeautifulNara nie. Terasa nak buat ekslusif interview tentang kisah cinta anda berdua. Kredit cerita kepada Murai.

P.S: Apa cerita report polis yang Remy buat masa kes dia kena belasah gak Istana Budaya hari tue? Senyap jer. Takkan tak dapat carik lagi kot sapa yang jadi tukang belasahnya?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top