Dengar khabar berita gembira bahawa akan menamatkan zaman bujang pada 21 Ogos 2021 yang diumumkan oleh pelakon kacak iaitu Remy Ishak semalam telah mengejutkan ramai pihak.
Dalam pada itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengaku turut berasa berdebar apabila menghitung hari kebahagiannya bersama wanita yang dicintai serta reda melangsungkan majlis perkahwinan semasa PKP dan hanya membuat persiapan secara sederhana sahaja.
Kalau dapat majlis akad nikah dihadiri kedua famili, dilakukan secara sederhana macam ni pun dah cukup.
Katanya ketika ditemubual oleh Gempak.
Tambahnya lagi, selain persiapan sehelai busana pengantin, persiapan mental buat pelakon hitam manis itu lebih penting apabila sudah bergelar suami kelak.
Tapi yang penting saya persiapkan saat ini adalah bagaimana menjadi seorang suami mithali.
Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu berharap majlis yang tertunda sejak Mei lalu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa melanggar sebarang SOP yang telah ditetapkan.
Sekadar info, terdahulu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan antaranya hanya tiga orang sahaja dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.