Remy Ishak Pelik Video Uruskan Anak Tular & Terima Pujian Ramai – “Bukan Memang Suami Macam Tu Ke Sebelum Ni?”

Hiburan

Remy Ishak Pelik Video Uruskan Anak Tular & Terima Pujian Ramai – “Bukan Memang Suami Macam Tu Ke Sebelum Ni?”

Pelakon, Datuk Remy Ishak berasa hairan apabila video perkongsiannya baru-baru ini yang membantu isterinya, Ezza Yusof menguruskan anak menjadi bualan ramai di media sosial.

Kata pemilik nama Muhammad Zalimei Ishak, dia berasa pelik apabila ramai netizen memui dan melabel dirinya suami contoh kepada lelaki lain di luar sana.

Advertisement

Remy Ishak

Tambah Remy yang tertanya-tanya mengapa video itu viral, apa yang dilakukannya itu adalah tanggungjawab asas yang perlu dilakukan semua suami.

Tak, sekarang ni suami memang bukan macam itu ke sebelum ini? Tak ada orang buat dah ke? Saya terfikir macam itulah.

Kenapa video ini viral? Adakah dunia dah berubah dan lelaki tak buat perkara itu? Saya tak pasti tetapi saya dibesarkan dengan cara macam ini.

Ujar Remy lagi, dia membesar dengan melihat ayahnya dan keluarga malah rakan-rakannya juga memang melakukan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

@remyishaktiktok percaya tak kalau aku cakap aku tak suka sangat berehat 😂 Hari takde shooting aku tak suka goyang kaki. Bila kat rumah, aku akan ambil alih tugasan, ringankan beban isteri. Wife tak paksa & suruh pun, tapi sebab aku rasa tu tanggungjawab & aku memang tak boleh duduk diam 🤣 #kuasakauKAW @Alicafe Malaysia ♬ Success And Creation – MeridianMusic

Dalam pada itu, aktor berusia 43 tahun itu berkata dia sentiasa membantu isteirnya menguruskan kerja rumah apabila dia mempunyai peluang.

Sebenarnya isteri saya yang banyak jaga Tuah dan saya akan ambil alih benda lain. Kalau Ezza bawa Tuah berjalan ke luar, saya akan ambil alih bahagian rumah.

syed saddiq
2025-08-05 10:17:41

"Senyum Je Dekat Tepi Tak Bantu Bella.." - Tak Ganti Tempat Waktu Beri Trofi, Syed Saddiq Didakwa Tak 'Gentlemen'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OHBULAN!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...