Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Remy Ishak Nafi Tunangnya Berstatus Janda

Baru-baru ini, tunang Remy Ishak menjadi perhatian di media sosial apabila ada pihak yang menyebarkan berita kononnya Ezza Yusof pernah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak. Walaubagaimanapun, Ezza yang sering memuat naik foto bersama seorang bayi menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan itu adalah anak saudaranya dan beliau belum pernah berkahwin.

Advertisement

Kali ini, Remy sendiri tampil menafikan dakwaan mengenai status tunangnya yang dikatakan sebagai janda.

Sebelum ini pun ada juga keluar gosip mengatakan tunang saya merupakan seorang janda. Tetapi sekarang orang cakap dia pernah berkahwin dan ada seorang anak pula sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Berbicara mengenai perancangan perkahwinannya pula, Remy tidak mahu terburu-buru dan mahu bersedia dari pelbagai sudut terutama sekali bab kewangan. Remy bersyukur kerana tunangnya amat memahami dirinya dan tidak mendesak untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Bukan mahu buat majlis besar-besaran pun. Tetapi kalau mahu kahwin, ia memang memerlukan persiapan rapi terutama dari aspek kewangan.  Lagipun saya bukannya orang senang, jadi sekarang kumpul dahulu wang dan serahkan segalanya kepada keizinan Tuhan untuk menentukan masa yang tepat kerana saya selalu percaya kepada jodoh.

Advertisement

Tanggungjawab seorang lelaki itu cukup besar selepas berkahwin nanti, biarlah Remy bersedia dari setiap sudut agar rumah tangga yang dibina nanti kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Lobos

    January 27, 2018 at 9:55 am

    Janda dah pasti janda dia. Dara, adakah pasti masih dara?

  2. Anonymous

    January 27, 2018 at 2:45 am

    X phm la u ols nih.. kalau janda ape mslhnye?? Boring btl u ols ni.. taste masing2 kot

  3. Anonymous

    January 25, 2018 at 4:24 pm

    jangan tangguh lama2 sangat nanti melepas. perempuan kalau lelaki macam x serious die angkat kaki je. dulu coulple dgn tiz zaqyah pun bukan main lama. x de perancangan nak ikat hubungan. anyway, semoga jodoh berpanjangan.

  4. Mina chi

    January 25, 2018 at 2:53 pm

    Pd akak2 janda kt sini jgn le emo sgt..samada janda atau anak dara masing2 punya kelebihan…yg penting pandai bawa diri hokay..meh kita reramai nyanyi …aabang pilih yg mana..perawan atau pun jandaa..ewah..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama