Baru-baru ini, tunang Remy Ishak menjadi perhatian di media sosial apabila ada pihak yang menyebarkan berita kononnya Ezza Yusof pernah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak. Walaubagaimanapun, Ezza yang sering memuat naik foto bersama seorang bayi menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan itu adalah anak saudaranya dan beliau belum pernah berkahwin.
Kali ini, Remy sendiri tampil menafikan dakwaan mengenai status tunangnya yang dikatakan sebagai janda.
Sebelum ini pun ada juga keluar gosip mengatakan tunang saya merupakan seorang janda. Tetapi sekarang orang cakap dia pernah berkahwin dan ada seorang anak pula sedangkan ia tidak benar sama sekali.
Berbicara mengenai perancangan perkahwinannya pula, Remy tidak mahu terburu-buru dan mahu bersedia dari pelbagai sudut terutama sekali bab kewangan. Remy bersyukur kerana tunangnya amat memahami dirinya dan tidak mendesak untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Bukan mahu buat majlis besar-besaran pun. Tetapi kalau mahu kahwin, ia memang memerlukan persiapan rapi terutama dari aspek kewangan. Lagipun saya bukannya orang senang, jadi sekarang kumpul dahulu wang dan serahkan segalanya kepada keizinan Tuhan untuk menentukan masa yang tepat kerana saya selalu percaya kepada jodoh.
Tanggungjawab seorang lelaki itu cukup besar selepas berkahwin nanti, biarlah Remy bersedia dari setiap sudut agar rumah tangga yang dibina nanti kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Kalau ada jodoh tidak kemana.