Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa aktor pujaan ramai Remy Ishak telah bertunang. Peminat mula mengucapkan tahniah kepada Remy dan ingin tahu siapakah gadis yang berjaya mencuri hati jejaka kacak ini.
Walaubagaimanapun, Remy menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan gosip itu timbul apabila salah seorang peminat beliau di Instagram telah memberikan komen berkenaan pertunangannya yang mengelirukan orang ramai.
Salah faham ini mungkin timbul apabila seorang peminat komen di gambar saya baru-baru ini. Tidak dinafikan ada yang terkeliru dengan komen dibuat oleh peminat itu. Sebenarnya adik saya yang bertunang dan akan berkahwin pada bulan September ini. Saya berasal dari keluarga yang tidak mewah jadi apa-apa pun saya akan biarkan adik saya lepas dulu.
Meskipun mensasarkan umur 28 tahun untuk berumah tangga, Remy yang kini sudah berusia 33 tahun masih belum mempunyai ikatan bersama mana-mana wanita dan tidak menolak pilihan ibunya jika umurnya sudah lanjut.
Sebenarnya orang susah untuk mendekati saya kerana kerjaya sebagai seorang pelakon yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Ia kadang kala membuatkan orang takut hendak berkenalan dengan saya.
Rencana Allah SWT itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Kami pasti ada jodoh yang bersesuaian dan terbaik buat Remy Ishak cuma belum sampai masanya lagi. Ehem..ehem..korang tak nak masuk line ke? Hehe..