Remy Ishak Komen Isu Filem Pulang Kurang Sambutan Berbanding Hantu Kak Limah

Hiburan

Remy Ishak Komen Isu Filem Pulang Kurang Sambutan Berbanding Hantu Kak Limah

Walaupun mempunyai jalan cerita yang menarik diadaptasi daripada kisah benar dan penuh dengan elemen emosi serta banyak mesej yang tersirat dan teknik CGI yang agak hebat, filem Pulang bagaimanapun kurang mendapat sambutan berbanding filem Hantu Kak Limah yang berjaya mecipta fenomena dan mendapat jumlah kutipan sehingga puluhan juta ringgit.

Advertisement

Berbicara mengenai isu itu, pelakon utamanya, Remy Ishak tidak menafikan penonton Malaysia lebih gemar untuk memilih karya yang lebih ringan. Dalam erti kata lain, mereka  tidak mahu sesuatu yang memeningkan kepala dengan berfikir.

Filem itu ibarat idea setiap orang. Kehendak penonton ini kita tak boleh halang. Ada ketika penonton suka yang santai untuk mengisi masa lapang. Ada yang suka cerita-cerita berat dan ada juga yang suka filem berkonsepkan intelektual.

Apabila kutipan filem santai lebih tinggi, di situ kita faham rakyat Malaysia tidak mahu sesuatu yang berat atau perlu berfikir.

Namun, Remy berharap pengkarya seni tidak berputus asa untuk menghasilkan lagi filem yang lebih berkualiti. Satu hari nanti, pasti filem sebegitu akan diterima baik oleh penonton di masa hadapan. Tidak perlu terlalu mengikut ‘trend’ untuk terus menghasilkan filem santai sahaja.

Terdahulu, filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid  mendapat kutipan sebanyak RM32.5 juta dalam masa 18 hari ditayangkan. Manakala, filem Pulang hanya mendapat kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa seminggu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

54 Comments

  1. Anonymous

    September 5, 2018 at 11:03 pm

    Jap. Hiburan kosong? Filem Mamat Khalid ade mesej tersirat, isi pedih mkn dalam khas kena btg idung utk org2 Melayu. Para pelakon sume yg legend, dialog bersahaja. Kami suka tgk Awie.

    Filem Pulang pun bagus. Tapi…kami x suka nk tgk muke ko lama2. Kau tu yg bagi hiburan kosong. Syok sendiri?

  2. ZAINON

    September 5, 2018 at 6:51 pm

    Lain org lain cita rasa….
    I like Pulang n ewwe…cerite hantu not my cup of tea….

  3. Anonymous

    September 5, 2018 at 6:49 pm

    Lain org lain cita rasa….
    I like Pulang n ewwe…cerite hantu not my cup of tea….

  4. Ttap mnat u

    September 5, 2018 at 5:48 pm

    Klu tnye sy,prefer yg sntai tp thibur.ade lawak ckit..xkn nk ngis je kn?mcm mr bean..evry flm dia mmg mmnjang lwak bdoh tp lstly ade selit bjak nya.

  5. Kakek

    September 5, 2018 at 5:34 pm

    apabende la korang nih….
    baca ke tidak?
    bukan nya si Remy ni complain ke, salahkan ekonomi ke, kutuk ke…
    orang tanya dan dia jawap… rilek je… takde kondem movie lain ke apa pun…

    yg korang gi meroyan bas dia kenapa?

    #APTB

Loading...