September 5th, 2018

Walaupun mempunyai jalan cerita yang menarik diadaptasi daripada kisah benar dan penuh dengan elemen emosi serta banyak mesej yang tersirat dan teknik CGI yang agak hebat, filem Pulang bagaimanapun kurang mendapat sambutan berbanding filem Hantu Kak Limah yang berjaya mecipta fenomena dan mendapat jumlah kutipan sehingga puluhan juta ringgit.

Berbicara mengenai isu itu, pelakon utamanya, Remy Ishak tidak menafikan penonton Malaysia lebih gemar untuk memilih karya yang lebih ringan. Dalam erti kata lain, mereka  tidak mahu sesuatu yang memeningkan kepala dengan berfikir.

Filem itu ibarat idea setiap orang. Kehendak penonton ini kita tak boleh halang. Ada ketika penonton suka yang santai untuk mengisi masa lapang. Ada yang suka cerita-cerita berat dan ada juga yang suka filem berkonsepkan intelektual.

Apabila kutipan filem santai lebih tinggi, di situ kita faham rakyat Malaysia tidak mahu sesuatu yang berat atau perlu berfikir.

Namun, Remy berharap pengkarya seni tidak berputus asa untuk menghasilkan lagi filem yang lebih berkualiti. Satu hari nanti, pasti filem sebegitu akan diterima baik oleh penonton di masa hadapan. Tidak perlu terlalu mengikut ‘trend’ untuk terus menghasilkan filem santai sahaja.

Terdahulu, filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid  mendapat kutipan sebanyak RM32.5 juta dalam masa 18 hari ditayangkan. Manakala, filem Pulang hanya mendapat kutipan sebanyak RM1 juta dalam masa seminggu.

Sumber Berita : mStar Online


54 responses to “Remy Ishak Komen Isu Filem Pulang Kurang Sambutan Berbanding Hantu Kak Limah”

  1. bunga says:

    citer nur ad kualiti..org nk tgk juga.org bkn nk tgk yg gelak je.tp kualiti yg berada dilandasan yg btol.

  2. pendapat sy je..... says:

    filem pulang x laku rase ade byk factor
    1) jalan cerita x best
    2) heroin cam belum patut jd heroin
    3) bile tgk promo rase cm what the hell?? cerita pasal ayah yg tinggalkan anak bini tanpa khabar berita smpai anak yg kene cari dia… pastu kalau hanta kad x pernah tanye pasal bini… please la… contoh x bertanggungjwb… dr promo mcm citer cinta epic ala2 titanic tp hmmmmm…..
    4) xde commercial value
    5) poster nampak mcm boring, slow and x padu

  3. Anonymous says:

    Pulang tu filem bosan. aku bukan nak cakap sekadar kisah sedih macam tu, ramai lagi famili ada kisah benar lagi sedih.

    Lepas tu kau nak lawan cerita Hantu Kak Limah yang dah ada followers, skrip best, cerita berkualiti sarat mesej tersendiri dan ada kritikan terhadap masyarakat sebenarnya. Confirm tak terlawan.

    Bukan sebab puteri aishah orang tak kenal. tapi just akui la senang…filem HKL memang berkualiti walaupun dia genre Komedi. Jangan kau samakan Komedi je tak kualiti. Aku bagi contoh filem tak kualiti Anak Mami The Movie, dan filem hantu yang Nora Danish berlakon tu..
    Jangan Pandang Belakang Congkak kualiti sedang2. Pulanglah pun sama- sedang2.

    spesis citer congkak2 tu…Omaigoddd rugi duit aku tengok kat panggung. Sekian.

  4. Noname says:

    Hantu kak limah dn Munafik dh ada nama tersendiri and follower…
    Filem Pulang ok juga just promo keterlaluan..setiap program tv media prima dari pagi smpai mlm..tv3..sampai tv7 dll…rasa meluat pd tv3 masih kuat..
    Klu dh seminggu hadap promo…x rasa nk tonton..skip lagi ada..
    Remy Ishak still hero Malaya..no doubt..

  5. zack says:

    files pulang x laku sebab heroin dia orang tak kenal.. like..who is puteri aishah? kalau letak izara aishah as heroin rasanya laku keras la jugak filem tu

Loading...