Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta

Bulan ini adalah bulan perpisahan buat selebriti-selebriti Malaysia. Selepas Yuna dan Qi mengesahkan percintaan mereka telah tamat, kini tiba giliran Remy Ishak mengakui yang hubungannya dengan Tiz sudah sampai ke penghujung.

remy ishak dan tiz zaqyah putus cinta

Advertisement

Rupa-rupanya sudah 3 bulan Remy dan Tiz putus cinta. Kata Remy kepada Kosmo Ahad semalam:-

Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

remy tiz
Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini ada meluahkan madah-madah sedih melaluinya Twitternya. Ada pihak yang mengaitkannya dengan putus cinta dan ternyata ianya benar. Remy tampil memberitahu mengenai tamatnya hubungan mereka berdua untuk mengelakkan salah sangka yang boleh berlaku.

Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.

Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga. Mereka masih berkawan baik. Tak apalah, Remy dan Tiz kedua-duanya masih muda lagi. Baik tumpukan pada kerjaya. Kalau ada jodoh, memang tak akan lari ke mana. Kepada peminat Remy dan Tiz, apa kata anda cuba masuk line? Hehehe.

P.S: Pertandingan ratu cantik penjara wanita.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 Comments

  1. Kepologi

    September 24, 2012 at 8:53 am

    ala..dua2 aku x minat la..sorry..ada dgr si anne ngan aliff pn dh putus..ha..ok la tu anne..nsb baik bru putus cinta n bkn kali kedua anne jdi janda..anne..lain kali cri org y lbh matang dri awak dan bknya org y x matang cam aliff tu..

  2. emo

    September 24, 2012 at 8:42 am

    da 3 bln break? citer saba x saba tu bru lg kan? kagum la heh klu betol diorg da putus mse tuh. mcm loving kapel je tgk..huhu. ni skrg tgh shoot cinta jgn pegi plak..

    • jas

      September 24, 2012 at 2:40 pm

      setuju..maknanya masa shooting telefilem tu dorang dah breaf off..tapi professional berlakon mcm happy couple..mesti ada hikmah di sebalik perpisahan :-(

  3. kikilala

    September 24, 2012 at 8:40 am

    laaa..
    dah clash ke?
    kiranya dalam cerita sabar tak sabar baru-baru ni, diorang dah takde apa-apa hubungan lah ek?
    sayangnya..
    sweet je aku tengok..
    tapi memang pro lah diorang sebab boleh berlakon cerita tu sama-sama macam takde apa yang dah jadi..

  4. Cik siti bunga comel

    September 24, 2012 at 8:30 am

    Dah masing2 tak matang asyik nak bertekak saling perli kat twitter. Tak sudah.

  5. kak nam style

    September 24, 2012 at 8:28 am

    xdak jodoh…

    Nara!! betui ka ann ngasri ngn aliff aziz dah break??

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top