Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta

Bulan ini adalah bulan perpisahan buat selebriti-selebriti Malaysia. Selepas Yuna dan Qi mengesahkan percintaan mereka telah tamat, kini tiba giliran Remy Ishak mengakui yang hubungannya dengan Tiz sudah sampai ke penghujung.

remy ishak dan tiz zaqyah putus cinta

Advertisement

Rupa-rupanya sudah 3 bulan Remy dan Tiz putus cinta. Kata Remy kepada Kosmo Ahad semalam:-

Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

remy tiz
Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini ada meluahkan madah-madah sedih melaluinya Twitternya. Ada pihak yang mengaitkannya dengan putus cinta dan ternyata ianya benar. Remy tampil memberitahu mengenai tamatnya hubungan mereka berdua untuk mengelakkan salah sangka yang boleh berlaku.

Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.

Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga. Mereka masih berkawan baik. Tak apalah, Remy dan Tiz kedua-duanya masih muda lagi. Baik tumpukan pada kerjaya. Kalau ada jodoh, memang tak akan lari ke mana. Kepada peminat Remy dan Tiz, apa kata anda cuba masuk line? Hehehe.

P.S: Pertandingan ratu cantik penjara wanita.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 Comments

  1. kak nam style

    September 24, 2012 at 8:26 am

    xdak jodoh…

    Nara!!!… betul ke ann ngasri ngn aliff aziz pun dah break??

  2. nurish

    September 24, 2012 at 8:23 am

    1st

    • hai hui heii

      September 24, 2012 at 8:26 am

      kesian.. cuba lg ye..

    • aku kesian dgn ko

      September 24, 2012 at 9:13 am

      tahniah..anda memenangi sekuali taik hidong abg nara..kahkahkah

    • Anonymous

      September 24, 2012 at 8:52 am

      sape yg disliked dengki..

  3. utania

    September 24, 2012 at 8:21 am

    Huhuhu…hero dan heroin tiada jodoh…

  4. kak wa

    September 24, 2012 at 8:19 am

    Sabar je remy…ramai je wanita kat luar..

  5. oppss

    September 24, 2012 at 8:18 am

    Takpe…ramai je wanita menanti remy…

    • anakayam

      September 24, 2012 at 8:31 am

      eeeee kecohnye mamat nih….bajek filem star box office je…
      rakyat mesia tak kisah la korang….zaman you twoo da berlalu k….

    • padan muka ko

      September 24, 2012 at 8:56 am

      padan muka ko la artis2 malaysia oiii..cinta putus..kawin cerai..tu je la keje kome..lepas ni tggu plak si johan dgn nabila huda putus..kahkahkah

    • didi

      September 24, 2012 at 9:01 am

      tahniah kerna anda pernah menjadi pasangan bercinta walaupun x kekal lama.. anne dan aliff bila plak ko nak publish nara? x sabo nk komen ni.. maklum la mereka kn bercinta bgai nk rak.. at last.. SADIS!

    • anakayam

      September 24, 2012 at 9:09 am

      Remy Ishak bakal masok geng Fahrin Ahmad…..kihkihkih

    • Not Surprised

      September 24, 2012 at 10:36 am

      cinta kalu berladaskan paras rupa, glamer dan popularitas…memang tak kekal lama.

    • Kak Julie

      September 24, 2012 at 10:38 am

      LIFE GOES ON….KBAI!

    • Isu Kahwin: Anak Datuk K Temui Rozita Che Wan

      September 24, 2012 at 11:30 am

      tu la. berfoyer-foyer lagi dgn Alyah. kan dah kena cerai, remy

    • Bro 10 Inci

      September 24, 2012 at 11:53 am

      Musti TZ ckp dgn si RI ni “Engkau mmg bangla, tiada apa2, IC pun tidak ada, lagi mau sama saya, engkau mmg buruk, mmg tidak padan baliklah ke bangla..” (Muzik Anak Kampung) Wakakakak..

    • Isu Kahwin: Anak Datuk K Temui Rozita Che Wan

      September 24, 2012 at 12:51 pm

      bangla juga manusia. jangan dihina. menjual karpet itu kerja halal. lebih baik daripada tuduh orang mengangkang.

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer saya pileh mengundianda bagaimana ?

      September 24, 2012 at 6:08 pm

      sape cakap zaman dia dh berlalu ???????? anggap zaman ni dia baru nk bermula ok !!!! jangan nk memandai2 cakap zaman remy dh berlalu huh !!!! patut nye kasi lah dia perangsang supaya dia ni ada semangat nk nk memperbaiki diri dia….ni tk asek2 nk mengondemmmmmmmmmm aje keja nye huh !!!!

    • ya...ke...ya...ke...ya...ke...........

      September 24, 2012 at 10:36 am

      Yake…..tk sangkakn…kn…kn….apakata nnti2 cuba lagi tambat semula hati masing2 klau ada rasa cinta lgi..kn…kn..kn….klau tk menjadi jgk..jodoh hang berdua dgn orng lainlh tu……terima jelh dgn hati terbuka ya….jgn kecewa sampai berjambang kusut masai macm tk terurus je sudah….ok…..semoga maju jaya keduany….

    • Tiz Zaqyah bersuara hebat menyanyikan lagu Adele

      September 24, 2012 at 11:40 am

      sebenarnya Tiz dah lama pendamkan rasa hatinya padaku. dia ingat Remy seorang yg baik tetapi sebenarnya pelibas padu maut. aku risau sejak dia bersama remy. luka yg tersimpan…

    • Selitone

      September 24, 2012 at 12:22 pm

      #Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga.

      Heheheeheh…

    • Yuna Pilih Super Junior, dafuq??

      September 24, 2012 at 1:13 pm

      yang penting aku ada can.

    • Miss Lea

      September 24, 2012 at 2:41 pm

      Susah2 amik saya jelah Remy…

      Lagipun kita senegeri… balik kg tak payah gaduh2 ahaksss

Loading...
To Top