September 24th, 2012

Bulan ini adalah bulan perpisahan buat selebriti-selebriti Malaysia. Selepas Yuna dan Qi mengesahkan percintaan mereka telah tamat, kini tiba giliran Remy Ishak mengakui yang hubungannya dengan Tiz sudah sampai ke penghujung.

remy ishak dan tiz zaqyah putus cinta

Rupa-rupanya sudah 3 bulan Remy dan Tiz putus cinta. Kata Remy kepada Kosmo Ahad semalam:-

Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

remy tiz
Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini ada meluahkan madah-madah sedih melaluinya Twitternya. Ada pihak yang mengaitkannya dengan putus cinta dan ternyata ianya benar. Remy tampil memberitahu mengenai tamatnya hubungan mereka berdua untuk mengelakkan salah sangka yang boleh berlaku.

Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.

Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga. Mereka masih berkawan baik. Tak apalah, Remy dan Tiz kedua-duanya masih muda lagi. Baik tumpukan pada kerjaya. Kalau ada jodoh, memang tak akan lari ke mana. Kepada peminat Remy dan Tiz, apa kata anda cuba masuk line? Hehehe.

P.S: Pertandingan ratu cantik penjara wanita.


45 responses to “Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta”

  1. Kasih says:

    Yesssssssssss !!!!!!!!!!! Hahahaha

  2. lala says:

    ye ke dh 3 bln putus.. sbb ms bln puasa dorng msih lg brbuka sama2… berdua…… pelik3

  3. wawa zainal muka kampung perasan bandar says:

    besar betul kepala tiz zakiah nih …

Loading...