Written by Bella | October 18th, 2019

Di zaman serba moden ini masih ada lagi yang percaya dengan benda khurafat dan syirik seperti sihir. Semuanya kerana perasaan hasad dengki sehinggakan orang lain menjadi mangsa.

remy ishak disihir

Terbaru, pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Remy berkata dia akan mengambil tindakan sekiranya ada perkara buruk berlaku terhadap keluarganya akibat perbuatan sihir.

Seakan memberikan bayangan dan mengesahkan perkara tersebut, Remy turut memuat naik foto ayat suci Al-Quran, surah yang diamalkan apabila ‘dikhianati’.

remy ishak sihir

remy ishak disihir

Bagaimanapun, Remy tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai situasi dan perkara sebenar yang berlaku.

Mungkin ramai yang dengki melihat populariti Remy tetapi janganlah sampai hendak hantar sihir musnahkan karier orang lain dan turut melibatkan keluarga pula. Apa-apa pun, mari sama-sama kita doakan agar Remy dan keluarganya terhindar daripada perkara buruk itu.

12 responses to Remy Ishak Beri Amaran Kepada Individu Hantar Sihir Pada Keluarganya

  1. aku tetap aku says:

    melayu dan sihir berpisah tiada. islam2 pun masih nak khurafat. maleisss

  2. minah jambu say NO to drugs says:

    Ai dh nak masok taon 2020 maseh ada yg main sihir ni benda semua ??? orang jenis ape kah ini ? setan ? iblis ? jin pakai toncit ? mungkin orang yg main sihir ni dia sikit pon tak takot dosa takpe terus kan bersihir ye nanti Allah akan tunjokan balasan nye..remy sabar aje ok semoga keluarga nye di lindungi Allah ..

  3. Mak Jemah says:

    Mana komen aku

  4. Mak Jemah says:

    Kereta je terbang.. orang masih dok dlm gua. Kereta terbang xpayah design baru ko guna je helicopter sis. Bila landing bubuh tayar kat bawah.

  5. Anonymous says:

    tahun depan kereta dah nak terbang dah ooi, ada lg ke yg nak main2 sihir ni??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini