April 1st, 2019

Sejak bergandingan dalam beberapa drama, ramai yang seakan jatuh cinta dengan keserasian pelakon Remy Ishak dan Mira Filzah. Tidak dinafikan, ada juga yang ingin mereka bercinta.

Namun, ada juga komen melampau yang menuduh Mira sebagai punca Remy putus tunang dan mendakwa pelakon lelaki itu kini sedang angau dengan Mira.

Komen mengarut itu membuatkan Remy hilang sabar dan bertindak untuk membidas kembali tuduhan yang dilemparkan oleh individu tersebut. Kata Remy janganlah memalukan kaum wanita bertudung yang lain dengan sikap yang kurang sopan dan memalukan seperti itu.

Walaupun ramai yang mahu kedua-dua pelakon ini menjalinkan hubungan istimewa, Mira dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu beliau hanya menganggap Remy sebagai rakan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Sumber Berita : mStar Online


18 responses to “Remy Ishak Berang, Dituduh Sedang Angau Dengan Mira Filzah”

  1. embong says:

    typical melayu sekarang. sikit2 kalau buat salah buka tudung, sikit2 buka tudung. macam takde ayat lain. annoying

  2. Aku sebatang kara says:

    Remy pun retis jantan yang suka sentap ke????nanti dah non laku jadilah macam sorg tu yang kuat royan and gila perhatian..

    Edika Yusuff gak yg buat comeback! Artis royan jadi sendu…

Loading...