Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Remy Ishak Akui Sedang ‘Berubat’, Bakal Jumpa Psikiatri

Baru-baru ini pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Ramai juga peminat yang bimbang dan tertanya-tanya bagaimana keadaan pelakon itu.

remy ishak disihir

Advertisement

Terbaru, menerusi Live di Instagram, Remy akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar berlaku kepada dirinya. Menurut Remy, pada awalnya dia menyangka dirinya mengalami depresi kerana emosinya tergganggu sehingga rasa enggan keluar dari rumah dan melakukan perkara yang bukan-bukan termasuklah bunuh diri.

Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

remy ishak sihir

Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin. Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru.

Remy turut mengakui dia mengambil beberapa jenis ubat untuk menenangkan diri. Selain itu, dia juga mendedahkan telah melalui rawatan kaedah perubatan Islam atas nasihat oleh kenalan dan keluarga yang melihat perubahan dirinya yang begitu ketara.

remy ishak depresi

Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz. Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.

Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya. Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang. Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang.

remy ishak sihirDalam pada itu, Remy juga bercadang bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden tentang masalah yang dialaminya.

Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Mari sama-sama kita doakan agar segala urusan Remy untu berubat akan dipermudahkan dan semoga terhindar daripada perkara buruk.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. ms.kepochi

    October 22, 2019 at 12:57 pm

    ko nk ckp camtu nape? cuba ko kat tempat dia ko rasa kan camne ye!

  2. Anonymous

    October 22, 2019 at 9:46 am

    sebelum ckp disihir cuba check dulu latar belakang keluarga kot ada saka..ramai org melayu tak sedar yg keluarga ada saka..kdg2 saka keluarga yg ganggu kita.

  3. Azura

    October 22, 2019 at 8:39 am

    Patutlah I terkejut tengok gambar terbaru Remy… nampak macam ‘sakit’ sebab pelik.
    Pergilah berubat…

  4. Anonymous

    October 22, 2019 at 8:02 am

    Semua bangsa ada je menda2 mcm ni.

  5. Whatever

    October 22, 2019 at 2:44 am

    Aku meluat betul bila org suka cakap “melayu dgn sihir mmg tak boleh dipisahkan”..korang yg berckp ni penah ke duduk bercampur dgn bangsa lain?aku duduk di kawasan 60% bangsa ‘ca ya nun alif’ ye..mak aku berniaga pun jiran kedai pun sebelah menyebelah cina..dorg sesama dorg pun menyihir okayy..bergaduh tak puas hati berebut pelanggan..bullshit la yg kata dorg meniaga bangsa support kononn..mak aku pun trkena sihir dari bangsa tu bukan dari melayu..dorg klu menyihir lg dasyat pakai siam..ustaz yg berubat mak aku pun ckp dlm byk2 sihir,sihir siam lg susah nk buang..even husband aku keje dgn company bangsa tu pun,ada dikalangan dorg yg pakai ilmu siam nk disayangi bos,cakap dorg nk bos dgr pastu bodek kuat padahal keje pun tak buat.masuk office sesuka hati tak de sapa boleh marah mcm company bapak dorg punya..penangan siam..stop la ckp melayu dgn sihir tak boleh pisah bagai..mana2 bangsa pun kalau busuk hati semua pun main sihir.jgn sbb kita tak duduk dikalangan dorg kita tak tahu kita anggap dorg suci dari benda2 mcm ni..dan jangan sebab kita mmg duduk dikalangan org melayu je dan npk depan mata kita nk pukuk rata.

Loading...
To Top