Written by Bella | October 21st, 2019

Baru-baru ini pelakon Remy Ishak memuat naik kenyataan berunsurkan amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan keluarga. Ramai juga peminat yang bimbang dan tertanya-tanya bagaimana keadaan pelakon itu.

remy ishak disihir

Terbaru, menerusi Live di Instagram, Remy akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar berlaku kepada dirinya. Menurut Remy, pada awalnya dia menyangka dirinya mengalami depresi kerana emosinya tergganggu sehingga rasa enggan keluar dari rumah dan melakukan perkara yang bukan-bukan termasuklah bunuh diri.

Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

remy ishak sihir

Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin. Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru.

Remy turut mengakui dia mengambil beberapa jenis ubat untuk menenangkan diri. Selain itu, dia juga mendedahkan telah melalui rawatan kaedah perubatan Islam atas nasihat oleh kenalan dan keluarga yang melihat perubahan dirinya yang begitu ketara.

remy ishak depresi

Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz. Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.

Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya. Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang. Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang.

remy ishak sihirDalam pada itu, Remy juga bercadang bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden tentang masalah yang dialaminya.

Perbuatan sihir, antara perkara yang menunjukkan betapa buruknya perangai manusia yang tidak pernah berpuas hati akan sesuatu sehingga menggunakan cara halus untuk menganiaya seseorang yang mereka tidak suka. Mari sama-sama kita doakan agar segala urusan Remy untu berubat akan dipermudahkan dan semoga terhindar daripada perkara buruk.

Sumber Berita : Astro Awani

12 responses to Remy Ishak Akui Sedang ‘Berubat’, Bakal Jumpa Psikiatri

  1. Mr H says:

    dah xde cerita ke remy oi..sampai nak buat cerita

  2. sama says:

    pernah lalui nasib yg sama. habis anak2 smue sakit2. x boleh solat x boleh ngaji. suami solat saya mengamuk. siap makan ubat depression. sampai satu tahap cuba jumpa ustaz & dirukyahkan, saya dah lalui apa yg remy cakap tu. siap tendang ustaz lagi. dalam hati malu pelik terkejut smua ada. hanya yg pernah mengalami je akan faham. smue symptoms depression sy hilang selepas setahun lebih berubat secara islam. & saya juga seorang pegawai perubatan. dulu memang anggap bende ni remeh, bila da kne batang hidung sendiri, baru faham.

  3. Shah deraman says:

    Tula mainkan lagi perasaan org….ko dh ikat org tu smpai berthn2 last x jd…dlm mse bertunang pun menggatal dgn mira piljah…kkdg kt xtau hati org ni mcm mne remy oiii…..sbb tu perangai tu kne baik…sblm nk buat ape2 pikir dl kesan dr kebodohan kt ni…klu rs x puas enjoy x pyh sibuk2 nk kawen dl…org klu dh sakit hati mcm2 dia blh buat…nk slhkan 100% pun x blh jgk sbb kkdg mslh tu pun berpunca dr kt..

  4. korok says:

    melayu & sihir berpisah tiada…tu pasal la x maju2…

  5. joyah senget says:

    setuju melayu dengan sihir mmang tak boleh dipisahkan…

  6. Whatever says:

    Aku meluat betul bila org suka cakap “melayu dgn sihir mmg tak boleh dipisahkan”..korang yg berckp ni penah ke duduk bercampur dgn bangsa lain?aku duduk di kawasan 60% bangsa ‘ca ya nun alif’ ye..mak aku berniaga pun jiran kedai pun sebelah menyebelah cina..dorg sesama dorg pun menyihir okayy..bergaduh tak puas hati berebut pelanggan..bullshit la yg kata dorg meniaga bangsa support kononn..mak aku pun trkena sihir dari bangsa tu bukan dari melayu..dorg klu menyihir lg dasyat pakai siam..ustaz yg berubat mak aku pun ckp dlm byk2 sihir,sihir siam lg susah nk buang..even husband aku keje dgn company bangsa tu pun,ada dikalangan dorg yg pakai ilmu siam nk disayangi bos,cakap dorg nk bos dgr pastu bodek kuat padahal keje pun tak buat.masuk office sesuka hati tak de sapa boleh marah mcm company bapak dorg punya..penangan siam..stop la ckp melayu dgn sihir tak boleh pisah bagai..mana2 bangsa pun kalau busuk hati semua pun main sihir.jgn sbb kita tak duduk dikalangan dorg kita tak tahu kita anggap dorg suci dari benda2 mcm ni..dan jangan sebab kita mmg duduk dikalangan org melayu je dan npk depan mata kita nk pukuk rata.

  7. Anonymous says:

    Semua bangsa ada je menda2 mcm ni.

  8. Azura says:

    Patutlah I terkejut tengok gambar terbaru Remy… nampak macam ‘sakit’ sebab pelik.
    Pergilah berubat…

  9. Anonymous says:

    sebelum ckp disihir cuba check dulu latar belakang keluarga kot ada saka..ramai org melayu tak sedar yg keluarga ada saka..kdg2 saka keluarga yg ganggu kita.

  10. ms.kepochi says:

    ko nk ckp camtu nape? cuba ko kat tempat dia ko rasa kan camne ye!

  11. candy says:

    mcmana dia bole tau…slalu pengamal perubatan x bgtau

  12. Anonymous says:

    izzarl ke ex tunang dia tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini