February 2nd, 2018

Sedang hangat dengan drama Kekasih Paksa Rela, pelakon Remy Ishak bagaimanapun sejujurnya sudah penat untuk bergandingan dengan pelakon baharu. Satu cabaran buatnya apabila bakat-bakat baharu ini menjadikan proses penggambaran meletihkan kerana mereka kurang ilmu dalam bidang lakonan.

Sejujurnya, penat juga berlakon dengan bakat baharu ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon. Kebanyakan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan.

Biasanya pelakon baru buat hal sendiri saja di set penggambaran. Kalau mereka tak tanya kita pun diam sajalah. Saya faham perasaan gementar apabila jumpa orang lama dalam industri dan tak marahkan mereka. Itu normal sebagai pendatang baharu, cumanya harap selepas ini mereka menjadi lebih baik dan belajar lagi.

Bukan tidak boleh terus bergandingan dengan pelakon baharu, Remy bagaimanapun perlu melihat dahulu naskah yang ingin dibawa dalam drama mahupun filem.

Sumber Berita : mStar Online


23 responses to “Remy Ishak Akui Penat Bergandingan Dengan Pelakon Baharu”

  1. Mimi says:

    Setuju dgn komen Roslina di atas. Drama Kekasih Paksa Rela tu dah popular dan trending.. dan semua pelakon dah berjaya melakonkan watak masing-masing dengan jaya tak kiralah pelakon lama atau baru.. Jadi kenapa nak merendah-rendahkan lakonan pelakon baru.. Amat setuju lakonan Intan najuwa dan Ain Idruse lebih hebat dari Remy…

  2. Roslina says:

    Saya memang antara peminat lama Remy ni. Tapi saya rasa terkejut atas kenyataaan beliau ni yang rasanya merujuk kpd drama Kekasih Paksa Rela. Nampak bongkak dan sombong.

    Sejujurnya saya peminat setia drama ni. Tapi saya rasa Remy tak memainkan peranan yg besar dlm drama ni. Peranan dia dan lakonan dia sebagai hero biasa2 aje.. yang menjadikan drama ini popular ialah kehebatan lakonan Intan Najuwa sbg Hanan Khaira dan Ain Idruse sebagai Rosnaida. Tanpa mereka berdua rasanya drama ini tak akan popular. Muka handaome Remy tak akan mampu mempopularkan sesuatu drama atau filem sbg drama atau filem lakonan Remy sebelum ini… Harap Remy sedar dan muhasabah diri..

  3. peminat pakcik am says:

    tak kisah la ape org nak cakap.
    I tetap minat u pakcik am ..

Loading...