Remy Ishak Akui Penat Bergandingan Dengan Pelakon Baharu

Hiburan

Remy Ishak Akui Penat Bergandingan Dengan Pelakon Baharu

Sedang hangat dengan drama Kekasih Paksa Rela, pelakon Remy Ishak bagaimanapun sejujurnya sudah penat untuk bergandingan dengan pelakon baharu. Satu cabaran buatnya apabila bakat-bakat baharu ini menjadikan proses penggambaran meletihkan kerana mereka kurang ilmu dalam bidang lakonan.

Advertisement

Sejujurnya, penat juga berlakon dengan bakat baharu ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon. Kebanyakan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan.

Biasanya pelakon baru buat hal sendiri saja di set penggambaran. Kalau mereka tak tanya kita pun diam sajalah. Saya faham perasaan gementar apabila jumpa orang lama dalam industri dan tak marahkan mereka. Itu normal sebagai pendatang baharu, cumanya harap selepas ini mereka menjadi lebih baik dan belajar lagi.

Bukan tidak boleh terus bergandingan dengan pelakon baharu, Remy bagaimanapun perlu melihat dahulu naskah yang ingin dibawa dalam drama mahupun filem.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...