Remy Ishak Akui Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Hiburan

Remy Ishak Akui Bercinta Dengan Tiz Zaqyah

Memang lelaki. Itulah yang Abang Nara mampu katakan apabila membaca pengakuan bercinta daripada Remy Ishak kepada portal Murai. Memang sewajarnya lelaki membuat pengakuan bercinta kepada seseorang. Barulah gentleman gitu.

remy ishak

Advertisement

Memang saya dan dia sedang berpacaran. Cuma saya lebih selesa memberitahu kepada umum bahawa kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan berkawan rapat. Kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kalau tak jadi nanti kita juga yang malu. Lagipun apabila kami mengambil keputusan dengan memberitahu bahawa kami bercinta, takut pula nanti orang meletakan harapan yang terlalu tinggi dan kalau tak jadi nanti lain pula ceritanya

Ditanya kenapa selama ini dia dilihat seperti menyembunyikan kisah percintaan mereka berdua, Remy Ishak berkata:-

Saya tak mahu orang salah faham dan sebab itu jugalah saya mengaku dan memberitahu. Sebelum ini, saya pernah memberitahu kepada semua yang kami memang saling mengenali. Saya tak mahu mendengar apa-apa lagi yang mengatakan kami berbohong atau menutup kebenaran kisah berkenaan

Dan rupa-rupanya, ibu dan ayah Remy Ishak telah pun bercerai dan ini agak menghantui dirinya:-

Saya terlalu memilih kerana pengalaman ibubapa saya yang bercerai. Saya tak mahu kahwin dan cerai, kerana bagi saya biarlah hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Saya juga tak mahu anak-anak terbiar disebabkan perceraian tersebut

Kepada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah (atau lebih dikenali dengan RITZ), semoga percintaan anda berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...