Pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat mengakui tidak memiliki sebarang baju hamil yang sinonim dan mesti dimiliki oleh setiap wanita yang mengandung.
Dedah Ayda, dia hanya memakai baju termasuk seluar dalam (boxer) milik suaminya, Nabil Mahir sepanjang tempoh kehamilan kini.
View this post on Instagram
Kata penyanyi lagu Parah Parah itu lagi, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memilik baju mengandung kerana hanya bekerja dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kala ini.
“Saya tidak ada satu pun baju mengandung. Tidak perlulah sebab tak pergi mana-mana pun. Tidak perlu membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia pun saya sebat (pakai).”
Perkara tersebut dikongsikan Ayda menerusi laman sosial Instagramnya di mana memaparkan gambar ‘outfit of the day’ sambil menggayakan jaket berwarna merah jambu bersama kain pelikat.
View this post on Instagram
Menjengah ruangan komen, ramai peminat terhibur dengan perkongsian Ayda malah rakan artis iaitu Dayana Roza turut mempunyai pengalaman yang sama.
“Saya pun. Baju, boxer suami pun sebat! Selesa. Berkongsi tanda sayang..” tulis Dayana Roza di bahagian komen.
Sekadar info, Ayda yang kini sarat hamil difahamkan akan menimang cahaya mata pertama dijangka pada bulan Oktober ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.