Remaja Tak Sangka Punca Perut Membesar, Kembarnya “Tumpang Hidup” Dalam Perut Selama 15 Tahun

Trending

Remaja Tak Sangka Punca Perut Membesar, Kembarnya “Tumpang Hidup” Dalam Perut Selama 15 Tahun

Screen-Shot-2016-05-23-at-11.35.05-PM-(1)Seorang remaja dari Baling, Kedah, tidak menyangka punca perutnya membesar sedikit demi sedikit adalah disebabkan kembarnya yang hidup di dalam perut selama 15 tahun tanpa disedari.
Menerusi perkongsian dari seorang pengguna Facebook, yang difahamkan kakak kepada remaja berkenaan, adiknya sudah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan kembarnya itu.

Lebih mengejutkan ‘kembar’ remaja itu mempunyai rambut yang panjang dan juga mempunyai jantina yang sudah terbentuk.

Advertisement

Janin yang dikeluarkan itu ada rambut bergulung sama panjang dengan ketinggiannya, selain kaki, tangan dan alat sulit yang sudah terbentuk“, kata sumber menerusi keratan berita dari Sinar Online.

Sinar Online membuat liputan lanjut mengenai remaja berkenaan di akhbarnya esok.

Kes seumpama ini bukan pertama kali terjadi. Sebelum ini di India, doktor terkejut apabila mendapati ada ‘kembar’ di dalam perut seorang remaja berusia 18 tahun yang dikatakan seberat 2.6 kg jisim tulang, sudah berambut serta gigi.

Doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...