Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kecewa serta bimbang dengan sikap anak muda zaman sekarang yang sama sekali tidak mempunyai adab serta sopan santun didalam diri mereka. Malah, mereka kini lantang dalam bersuara tanpa memikirkan apa yang bakal mereka hadapi nanti.
Buat Sheila, adab itu harus ditanam dalam setiap diri remaja sekarang agar tidak menimbulkan sebarang masalah sosial di masa hadapan.
Apa yang saya nampak, sikap golongan remaja yang begitu terbuka sehingga lupa untuk menghormati orang lain perlu dibendung sebelum ia semakin menjadi-jadi.
Saya sendiri pernah ditegur dengan beberapa remaja dengan cara yang sangat tidak sopan di mana mereka melihat cara teguran ‘sempoi’ dan ‘cool’. Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun.
Sekarang ini, bukan sahaja ibu-bapa yang perlu peka tentang perkara ini, tetapi juga golongan pendidik dan kerajaan.Dalam perkembangan lain, Sheila merasa syukur kerana ada pihak yang menghargai bakatnya untuk menerbitkan filem Sinaran yang menampilkan 9 buah lagu popular beliau.
Antara lagu yang ditampilkan ialah Sinaran, Di Dalam Emosi Ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer Dan Jakarta.
 Pergaulan dengan kawan-kawan juga boleh mempengaruhi sikap remaja itu sendiri. Bukan semua yang tidak mempunyai adab tetapi sesetengah daripada mereka agak teruk juga, ada yang tidak boleh ditegur langsung. Kata orang darah muda, masa ini mereka akan sedikit memberontak.