Remaja Perempuan Diganggu Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dirakam CCTV Jadi Viral

Trending

Remaja Perempuan Diganggu Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dirakam CCTV Jadi Viral

Satu video yang merakamkan seorang perbuatan seorang lelaki cuba mengganggu seorang remaja perempuan di dalam sebuah lif menjadi viral di media sosial.

Advertisement

Video yang berdurasi selama 1 minit 37 saat itu memaparkan lelaki berkenaan yang masuk kemudian dalam lif tersebut cuba memegang-megang remaja terbabit.

Menerusi pengamatan admin, pada komen dari mereka yang mengenali lelaki tersebut, lelaki itu dipercayai sememangnya kurang siuman.

Remaja itu kemudian cuba menepis lelaki itu tetapi dihalang. Selepas beberapa kali mencuba gadis itu berjaya keluar dari lif terbabit.

Video itu dimuat naik di page Metafora Anafora dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen yang ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Penghuni flat tempat kejadian ketika dihubungi  berkata lelaki di dalam video terbabit mempunyai surat gila dan sudah beberapa kali mengganggu penduduk dan orang di sekitar flat berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...