Remaja OKU Meninggal Dunia Selepas Ditinggalkan Keluarga Yang Dikuarantin Akibat Wabak Wuhan

Trending

Remaja OKU Meninggal Dunia Selepas Ditinggalkan Keluarga Yang Dikuarantin Akibat Wabak Wuhan

Tragedi sedih menimpa sebuah keluarga di sebuah kawasan pedalaman di luar Wuhan apabila anak orang kurang upaya (OKU) ini meninggal dunia selepas ditinggalkan keluarga. Penjaganya iaitu ayah dan seorang lagi anak lelaki dikuarantin di hospital menyebabkan remaja itu terbiar tanpa penjaga.

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami cerebral palsy yang menyebabkan dia memerlukan bantuan orang lain untuk aktiviti harian. Dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di wilayah Hubei selepas enam hari ditinggalkan keluarganya yang dikuarantin.

Advertisement

Sambut tahun baru

Tiga sekeluarga ini melawat perkuburan keluarga mereka semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lalu di perkampungan Huahe di Hongan. Kawasan tersebut terletak 150km daripada kawasan wabak coronavirus itu mula tercetus. Selepas lawatan itu, ayahnya, Cheng dan adiknya mula menghidap demam.

Kedua-dua mereka dikuarantin di sebuah pusat kesihatan meninggalkan remaja tersebut seorang diri di rumah tanpa makan dan minum. Semasa dikuarantin, Cheng yang bimbang dengan kebajikan anaknya itu meminta bantuan melalui aplikasi Weibo untuk sesiapa memantau anaknya di rumah.

Cheng dan anaknya yang dikuarantin

Saya ada dua orang anak kurang upaya. Anak sulung saya, Yan Cheng menghidap cerebral palsy. Dia tak boleh menggerakkan badan, bercakap atau jaga dirinya sendiri. Dia dah berada di rumah seorang diri selama enam hari. Tak ada sesiapa yang bantu mandikan atau tukar pakaiannya dan tak ada apa-apa untuk dimakan atau minum.

Cheng kemudian dimaklumkan oleh jawatankuasa kampung yang anaknya sudah diberikan makan selama dua kali sepanjang tempoh ditinggalkan. Mereka kemudian merancang untuk kuarantin Cheng bersama anaknya itu di sebuah hotel yang lain tetapi anaknya itu sudah ditemui dalam keadaan sudah meninggal dunia.

Ibu saudara kepada remaja itu memberitahu ada melawatnya untuk memberinya makan tetapi tidak dapat menemannya dengan kerap kerana faktor kesihatan. Punca kematian remaja ini masih lagi tidak diketahui dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Artikel berkaitan: Wanita Wuhan Disyaki Terjangkit Coronavirus Menjerit Kerana Pintu Rumahnya Dipaku Pihak Berkuasa China

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...