Niat seorang penghuni Rumah Amal Mama Ezzya Baiti Al Jannah untuk berkahwin telah membongkar satu perbuatan keji ibu bapa sendiri selama berpuluh tahun.
Menerusi satu hantaran yang tular, pengasas rumah amal itu sendiri mendedahkan perempuan tersebut mengisi borang untuk berkahwin mengikut prosedur seperti biasa.
Namun, apabila sampai ke bahagian wali dia terkejut apabila mendapat tahu ternyata kedua ibu bapanya tidak pernah berkahwin tetapi menikmati hidup umpama suami isteri sehingga memiliki 6 anak.
Bapa tak boleh wali, sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin. Kau kena pakai wali hakim.
Bukan itu sahaja, bapanya juga tidak mahu membuat akuan sumpah supaya anaknya boleh bernikah dengan khidmat wali hakim.
Alasannya, mahu menjaga aib dirinya sendiri kerana sudah tentu rahsia dan perbuatan kejinya terbongkar dan ia membuatkan anaknya itu terjebak dengan dadah.
Dia kemudian turut terjerumus dengan pergaulan dan seks bebas sehingga hamil anak luar nikah berkali-kali, sama seperti perbuatan ibu bapanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.