Remaja Maut Separuh Badan Disedut Mesin Pengisar Daging

Kehidupan

Remaja Maut Separuh Badan Disedut Mesin Pengisar Daging

Seorang remaja 18 tahun yang berkerja di kilang pengisar daging telah maut apabila disedut ke dalam mesin pengisar daging.

Remaja ini dikatakan baru dua minggu berkerja dalam bidang ini sebelum tragedi ini meragut nyawanya.

Advertisement

Dikatakan remaja ini masih baru dan belum mahir mengendalikan mesin ini. Ketika kejadian, beliau menggunakan mesin pengisar daging ketika beliau bersendirian.

Menurut polis, Jerwin Servano, tangan kanan mangsa Jomar Junco, pada awalnya tersangkut dalam mesin tersebut sebelum badannya pula disedut masuk.

Insiden ini berlaku di sebuah kilang di Wilayah La Paz, bandar lloilo di barat Filipina. Laporan menunjukkan bahawa kejadian ini terjadi pada jam 7.30am dan ambulan datang di tempat kejadian pada jam 9am.

Sementara itu, polis tempatan percaya kematian remaja itu adalah disebabkan kemalangan dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Pengarah pengebumian Ardee Porras mengatakan bahawa mayat Junco masih utuh apabila ia dikeluarkan dari mesin pengisar daging. Beliau percaya kemungkinan mangsa tercekik dalam mesin tersebut menyebabkan kematian.

Pihak berkuasa tempatan masih menunggu keputusan bedah siasat untuk menentukan punca kematian yang sebenar.

 

Sumber: Mirror

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...