Remaja Lelaki 15 tahun Mengaku Salah Rogol Adik Kandung Sampai Lahirkan Anak

Berita

Remaja Lelaki 15 tahun Mengaku Salah Rogol Adik Kandung Sampai Lahirkan Anak

Seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jelebu dan berhadapan dua pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak.

Menurut laporan Harian Metro, remaja berusia 15 tahun itu didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun mengikut Seksyen 376B ( 1) Kanun Keseksaan.

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya pada pukul 11 malam hingga 12 tengah malam, di antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam di antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.

Difahamkan, adiknya telah melahirkan bayi lelaki cukup sifat pada 16 Februari lalu dengan dibantu oleh ibunya.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

KWSP Muhyiddin
1 year ago

"Apa Salahnya Pertimbangkan Pengeluaran KWSP? - Abah Muhyiddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...