Remaja Kurang Ajar Buat Kecoh Dalam Pawagam Di JB, Siap Bagi Ugutan L*cah

Kehidupan

Remaja Kurang Ajar Buat Kecoh Dalam Pawagam Di JB, Siap Bagi Ugutan L*cah

Baru-baru ini, sekumpulan remaja di sebuah panggung wayang di Johor Bahru dilaporkan telah menggangu ketenteraman penonton lain.

Susulan itu, seorang wanita bertindak menegur mereka untuk merendahkan suara namun ia membuatkan remaja tersebut berang dan menempelak wanita itu dengan memberi ugutan yang menakutkan.

Advertisement

Dah tegur tapi tak dihirau

remaja di jb buat kecoh dalam cinemaSumber : Facebook 

Memetik laporan World Of Buzz, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita yang bersama adiknya itu memaklumkan penonton lain turut menegur kumpulan remaja berkenaan namun mereka tidak mengendahkannya.

Lebih mengejutkan, salah seorang remaja tersebut telah mengeluarkan kenyataan berbaur lucah yang boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual terhadap wanita tersebut.

Kawan aku cakap dia nak r*gol kakak kau.

Hina watak dalam filem

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa remaja itu ada menghina salah satu watak yang ada di dalam filem yang ditonton dengan menggelarkannya ‘hitam’.

Difahamkan, kejadian ini berlaku pada 3 Mei yang lalu semasa menonton animasi muzikal Jepun yang bertajuk Colorful Stage! The Movie: A Miku Who Can’t Sing.

 

Saya cuma nasihat mereka dengan sopan tapi saya pula dihina. Susah untuk saya percaya mereka boleh cakap macam itu.

 

Tingkah laku mereka mencerminkan kegagalan ibu bapa mereka dalam mendidik anak. Ia juga mencerminkan keadaan mereka di rumah. Tidak sukar untuk meneka siapa yang mengajar mereka berkelakuan sebegitu.

pawagam kosong

gambar hiasan

Dah buat aduan pada pihak pengurusan

Wanita itu turut menjelaskan bahawa dia tidak dapat melaporkan perkara ini kerana tiada kakitangan panggung wayang yang bertugas ketika itu, namun dia telah membuat aduan dengan pihak pengurusan pawagam selepas kejadian itu berlaku.

Dia juga memaklumkan yang dia tidak merakam perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu kerana mengikuti garis panduan Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 dan tidak mahu melanggarinya.

Kami taknak lawan mereka sebab kalau kami tak kawal konflik ini dengan baik, kami akan didakwa menggangu kanak-kanak bawah umur.

Dalam pada itu, dia turut memberikan peringatan kepada ibu bapa remaja berkenaan agar tidak membela anak-anak mereka sekiranya hantaran itu sampai ke perhatian mereka.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Doktor Dedah Realiti Dalam Kalangan Remaja Zaman Sekarang - "Mereka Belum Kena HIV Tapi Dah Dapat Penyakit Kelamin.."
2 days ago

Doktor Dedah Realiti Dalam Kalangan Remaja Zaman Sekarang - "Mereka Belum Kena HIV Tapi Dah Dapat Penyakit Kelamin.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...