Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan seorang wanita yang memarahi pekerja di sebuah panggung wayang apabila ditegur kerana ‘kantoi’ merakam filem yang ditonton.
Menerusi video tersebut, pekerja berkenaan telah meminta wanita itu untuk memadam rakaman video tersebut namun dia enggan berbuat demikian.
Malah, wanita itu turut mempersoalkan haknya sebagai penonton kerana sudah membeli tiket wayang.
Kenapa tidak boleh rakam? Saya bayar. Tak payah sibuklah. Jangan kacau saya.
Perkongsian video tersebut telah tular di laman Twitter sehingga mengundang kemarahan netizen dan rata-ratanya mengecam wanita berkenaan kerana melakukan perkara terlarang di dalam panggung wayang.
Susulan penularan video tersebut di media sosial, wanita itu tampil membuat permohonan maaf dan sekali lagi menjadi perhatian netizen.
Aku delete sbb pihak dia ada DM , mintak jasa baik sruh remove video. Sbb diorang tak tahan kena cyber bully dan janji nak mintak maap.
So ini lah video mintak maafnya dkt TikTok. korang survey la dkt TikTok dia. pic.twitter.com/jiajE5MS6z
— syapiq (@4hmadsyaf1q92) February 1, 2023
Menerusi video tersebut, wanita itu memohon maaf namun seolah-olah tidak mengakui kesilapan sendiri.
Malah, netizen turut berpendapat wanita itu hanya melakukan permohonan maaf demi membela diri sendiri setelah dikecam teruk dan bukannya menyesali perbuatan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.