Remaja Ini Tolak Tawaran RM35 Juta Kerana Tidak Mahu Sertakan Iklan Di Laman ‘Live’ COVID-19 Miliknya

Trending

Remaja Ini Tolak Tawaran RM35 Juta Kerana Tidak Mahu Sertakan Iklan Di Laman ‘Live’ COVID-19 Miliknya

Sesiapa sahaja yang menerima tawaran sehingga $8 juta (RM35 juta) untuk meletakkan iklan dalam laman sesawang miliknya, pasti menganggap ini merupakan antara kejayaan yang sangat membanggakan. Tanpa berfikir panjang, semua akan menerima tawaran yang berlaku sekali dalam seumur hidup ini.

Lain pula bagi Avi Schiffmann, remaja ini telah menolak tawaran pengiklanan yang ditawarkan dengan jumlah bayaran yang sangat besar itu. Kisah ini menarik perhatian ramai pihak apabila remaja berumur 17 tahun ini antara individu yang terawal menghasilkan laman sesawang yang memaparkan statistik COVID-19 secara langsung.

Advertisement

Avi Schiffmann

Pada mulanya, laman sesawang ini dibangunkan hanya sekadar untuk membantu masyarakat mengetahui perkembangan terkini tentang jangkitan wabak itu. Hasil mempertaruhkan kemahiran yang dimilikinya untuk membina sebuah laman sesawang akhirya membuahkan hasil. Remaja ini telah berjaya mengumpul pengikut yang ramai pada minggu pertama laman sesawang ini dilancarkan.

Remaja ini juga memilih untuk tidak hadir ke sekolah kerana ingin memberi fokus kepada projek laman sesawangnya ini. Akhirnya seramai 350 juta pengikut laman sesawang nCOV2019 berjaya dikumpul sejak tiga bulan pelancaran bermula Disember 2019.

laman web nCOV2019

Jumlah pengikut yang luar biasa di laman sesawang tersebut telah menarik minat syarikat pengiklanan untuk melamar Avi Schiffmann dengan harga $8 juta. Harga ini ialah harga iklan yang perlu disertakan di dalam laman sesawang. Walau bagaimanapun, tawaran ditolak kerana niat asal pembinaan laman ini untuk membantu orang ramai mengetahui jumlah pesakit positif COVID-19 secara ‘live’.

Remaja ini tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menerima sebarang tawaran terhadap laman sesawang yang diciptanya. Oleh itu, remaja ini memilih untuk memastikan laman sesawang yang dilawati orang ramai ini bebas daripada sebarang iklan.

Avi Schiffmann

Tindakan Avi Schiffmann ini membuatkan ramai pihak memujinya kerana tidak meletakkan keuntungan ketika ingin membantu orang lain. Bantuan yang disalurkan oleh remaja ini meskipun tanpa bantuan wang dan tenaga, ternyata sangat bermakna dengan menyampaikan informasi terkini kepada semua orang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...