Remaja Hilang Rupanya Mangsa ‘Pemuas Nafsu’ Bapa Tiri & Ibu Pun Tahu – “Pulang Sayang, Daddy Rindu”

Kehidupan

Remaja Hilang Rupanya Mangsa ‘Pemuas Nafsu’ Bapa Tiri & Ibu Pun Tahu – “Pulang Sayang, Daddy Rindu”

Baru-baru ini, tular tentang kehilangan seorang remaja perempuan bernama Qistina sehinggakan ibunya menggunakan media sosial untuk meminta bantuan.

Menerusi TikTok, ibu kandung Qistina, telah memuat naik satu video menerangkan tentang kejadian di rumah mereka di Jasin sebelum anak gadisnya hilang.

Advertisement

Selepas 18 hari hilang tanpa berita, Qistina atau nama sebenarnya Aliah Qistina Budiyanto, 16, akhirnya ditemukan selamat di Kampar, Perak.

Dia dijumpai di sebuah pangsapuri rakan lelakinya berusia 20-an dari Kulim, Kedah dan mengakui telah keluar dari rumah atas kerelaannya sendiri.

Namun, semalam polis mengesahkan telah menahan ibu kandung dan bapa tiri Qistina bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima satu laporan kes rogol membabitkan remaja berkenaan, Khamis lalu.

Bapa tiri mangsa berusia 36 tahun bersama ibu kandungnya berumur 40 tahun ditahan di KLIA dan direman selama tujuh hari sehingga 15 April.

Mangsa berumur 16 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak 2020. Polis turut menahan ibu kandungnya selepas soal siasat mendapati, wanita berkenaan mengetahui tentang kejadian berkenaan.”

Dalam pada itu, status Facebook bapa tirinya diserang netizen selepas mendapat tahu tentang perbuatan jijiknya terhadap Qistina.

Menerusi status berkenaan, dia dilihat memohon agar gadis itu pulang dan sedang menantikan kepulangan anak tirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Dakwa Berat Badan Susut 20KG Angkara Sihir Rupanya Pelakon Lelaki Hisap Dadah & Pukul Isteri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...