Remaja Hasilkan Topeng Muka Untuk Golongan OKU Kurang Pendengaran

Kehidupan

Remaja Hasilkan Topeng Muka Untuk Golongan OKU Kurang Pendengaran

Banyak perniagaan yang mula mengalami kerugian ketika wabak COVID-19 yang dipercayai dari China ini merebak ke luar negara. Terutama kepada peniaga yang menjalankan perniagaan bukan keutamaan seperti pakaian, alat kosmetik dan perabot serta pekakas dapur.

Namun muncul satu lagi peniagaan yang menjual barang ‘panas’ ketika wabak COVID-19 sedang memuncak. Penjualan topeng muka semakin mendapat permintaan yang paling tinggi ketika ini. Orang ramai mula membeli dan menyimpan stok penutup mulut dan hidung untuk mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada risiko jangkitan.

Advertisement

topeng muka OKU

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi kenyataan bahawa pemakaian topeng muka di tempat awam tidak akan menghalang individu yang sihat daripada dijangkiti virus ini. Tetapi, pemakaian topeng muka boleh menghentikan pesakit positif COVID-19 daripada menjangkiti orang lain.

Langkah yang paling terbaik buat masa ini ialah elakkan sebaik mungkin untuk berada di kawasan awam. Anda pernah terfikir bagaimana pula nasib golongan OKU yang kurang pendengaran? Golongan ini masih mampu memahami perbualan dengan melihat gerak bibir orang lain. Topeng muka yang menutup bahagian mulut akan menyukarkan golongan ini ‘membaca’ gerak mulut yang dikeluarkan.

topeng muka OKU

Perkara ini pasti menyukarkan golongan kurang pendengaran ini untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerana rata-rata petugas perubatan dan doktor memakai topeng muka yang biasa. Golongan ini bakal menghadapi masalah komunikasi antara pihak perubatan.

Seorang remaja perempuan Ashley Lawrence dari Amerika Syarikat telah berjaya mencipta topeng muka mesra OKU. Ashley membolehkan topeng muka ciptaannya dipakai oleh golongan kurang pendengaran dan masih membenarkan golongan ini memahami percakapan dengan orang normal.

mesin jahit

Topeng muka biasa diubahsuai dan diletakkan ‘tingkap kecil’ diperbuat daripada plastik di tengah-tengah. Pada permulaan, Ashley menggunakan sepenuhnya dana persendirian untuk menghasilkan topeng muka mesra OKU dalam kuantiti yang kecil.

Kini, beliau sedang mengumpul dana secara dalam talian atas nama GoFundMe. Topeng muka diedarkan secara percuma kepada golongan OKU dalam usaha membantu meringankan beban dan memahami kekurangan yang dihadapi.

Semoga usaha begini dapat juga dilakukan di negara lain supaya tiada sesiapa merasakan disisihkan daripada keadaan yang sedang gawat ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...