Remaja Gantung Kanak-kanak Sampai Mati Lepas Tengok Video Daripada Youtube

Kehidupan

Remaja Gantung Kanak-kanak Sampai Mati Lepas Tengok Video Daripada Youtube

Youtube merupakan salah satu platform yang membawa pengaruh besar kepada semua orang termasuklah golongan remaja. Oleh itu, golongan seperti ini perlu diberi pengawasan daripada orang yang lebih tua untuk memantau.

Advertisement

Seperti yang berlaku di Mesir, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan telah menggantung kanak-kanak berusia empat tahun.

Menurut sumber, remaja berkenaan dikatakan melihat seorang kanak-kanak jalan bersendirian dan memintanya untuk menghantarnya kembali kepada ibunya.

Tapi, lain pula yang dilakukan oleh remaja ini. Dia membawa kanak-kanak ini ke bangunan yang mempunyai alat corong udara diperbuat daripada besi.

Tanpa berfikir panjang, dia memasang kabel ke sangkar besi dan menggunakannya untuk menggantung kanak-kanak itu sehingga mati. Bukan itu sahaja, dia siap menutup mulut kanak-kanak berkenaan.

“Saya buat macam tu sebab tengok di Youtube” 

Apabila dia sedar kanak-kanak itu telah mati dia bergegas pulang ke rumah ibu saudaranya. Tidak lama kemudian, polis menemui mayat kanak-kanak berkenaan dan hasil siasatan mendapati remaja terbabit mengaku telah membunuh kanak-kanak malang itu.

Tindakan berani yang dilakukan oleh remaja berkenaan disebabkan dia sering melihat video di Youtube sebagai rujukan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...