Remaja Dikompaun RM 5,000, Cuba Rentas Daerah Menggunakan Tren

Trending

Remaja Dikompaun RM 5,000, Cuba Rentas Daerah Menggunakan Tren

Seperti yang sudah dimaklumkan, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan buat masa ini kecuali atas hal-hal tertentu dengan mengemukakan dokumen sokongan untuk merentas negeri atau daerah.

Dilaporkan, seorang remaja perempuan dikompaun RM 5,000 kerana didapati merentas daerah tanpa kebenaran menggunakan perkhidmatan tren ketika polis melakukan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terminal Pengangkutan Penang Sentral, Butterworth malam tadi, lapor Harian Metro.

Advertisement

Remaja tersebut tidak dapat mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen sokongan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis mengadakan pemantauan SOP di lokasi tersebut kerana beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang dilaksanakan PKP.

“Polis menemui sepasang kekasih yang datang dari Bukit Mertajam di daerah Seberang Perai Tengah ke Penang Sentral yang terletak di daerah Seberang Perai Utara”

Siasatan mendapati teman lelakinya yang datang dari Kedah sebelum mengambil teman wanitanya di Bukit Mertajam untuk pergi sama-sama menghadiri temu duga di negeri berkenaan.

“Remaja lelaki tersebut mempunyai dokumen rentas negeri dan surat panggilan temu duga kerja tetapi teman wanitanya tidak mempunyai apa-apa dokumen yang berkaitan”

“Polis mengeluarkan kompaun RM 5,000 kepada remaja wanita berkenaan atas kesalahan merentas daerah”

Berhubung operasi yang dijalankan, polis berpuas hati individu yang ingin merentas negeri mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa dan kebanyakan golongan yang merentas negeri dengan kebenaran ialah pasangan jarak jauh (PJJ) dan pelajar universiti serta individu atas urusan bekerja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...