Remaja Bunuh Diri Lepas Peroleh 69% Undian Dari Rakan Instagram

Trending

Remaja Bunuh Diri Lepas Peroleh 69% Undian Dari Rakan Instagram

Undian yang digunakan untuk mendapatkan pendapat daripada followers di Instagram telah menjadi ikutan ramai golongan muda dan menjadi satu tren.

Di Sarawak, seorang remaja perempuan 16 tahun yang menggunakan undian netizen dari Instagram miliknya ambil keputusan untuk mati dengan dengan mengikut undian netizen sebanyak 69% dari Instagram miliknya.

Advertisement

Menurut Awani, Remaja 16 tahun terjun dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di bandar Baru Batu Kawah semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, mangsa membuat undian tersebut melalui akaun Instagram.

Sebanyak 69% rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang semalam.

Mangsa sebelum itu menulis  catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi.  D bermaksud ‘die’ (mati) manakala L bermaksud Life (hidup).

Mangsa juga memuat naik status ‘WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED’ dalam facebooknya.

Semakan pada telefon bimbitnya menemui status WeChat yang mengucap sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.

Menurut Aidil, remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka.

Mangsa ditemui sekitar jam 8.00 malam oleh seorang lelaki, yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat, yang dijadualkan petang ini.

Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...