Remaja Berusia 16 Tahun Meninggal Dunia Akibat Bermain PUBG Tanpa Makan Dan Minum

Trending

Remaja Berusia 16 Tahun Meninggal Dunia Akibat Bermain PUBG Tanpa Makan Dan Minum

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlalu asyik denga permainan video di Andhra Pradesh, India meninggal dunia pada 10 Ogos lalu, setelah bermain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) berterusan selama berhari-hari tanpa makan atau minum.

Media tempatan di sana melaporkan bahawa remaja itu jatuh sakit akibat dehidrasi yang teruk kerana dia tidak makan dan minum air secukupnya.

Advertisement

Remaja tersebut telah dihantar ke hospital swasta di Eluru Town kerana mengalami cirit-birit yang melampau dan perlu menjalani pembedahan. Mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan kerana tidak dapat bertahan setelah pembedahan itu.

Black Shark 2 Pro shows that gaming phones are here to stay - The ...

Gambar hiasan

Menurut bapa remaja tersebut, dia secara berterusan bermain PUBG dalam keadaan yang tidak tenteram, emosi terganggu dan sentiasa dalam keadaan marah.

Pada bulan Mac 2019, permainan video itu telah diharamkan di Gujarat, India setelah pemerintah tempatan memutuskan permainan itu “terlalu ketagihan dan ganas” dan menganggu penumpuan ketika musim peperiksaan.

Sebelum ini, PUBG telah mendapat kritikan oleh sebahagian masyarakat dunia. Permainan ini juga telah dilarang di beberapa negara kerana didakwa berbahaya dan memberi ketagihan kepada remaja.

Advertisement

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...